no comments

Pingat Emas China Tiada Apa Yang Perlu Dibanggakan, SEKADAR MENANG TIPIS

Badminton bergu lelaki Malysia

Badminton Olimpik Rio 2016: Pingat Emas China Tiada Apa Yang Perlu Dibanggakan, SEKADAR KALAH TIPIS

Kejayaan China peroleh pingat emas mereka dalam final badminton beregu lelaki Olimpik, menewaskan bergu negara tidak perlu dibanggakan kerana SEKADAR menang tipis.

Pasangan beregu lelaki negara, Chan Peng Soon dam Goh Liu Ying berjaya menghadiahkan perak buat Malaysia dalam temasya sukan Olimpik Rio, setelah mereka HANYA tewas tipis kepada pasangan nombor empat dunia dari China, Zhang Nan-Fu Haifeng, 16-21, 21-10, 23-21.

Pada set pertama, pasangan negara yang menduduki ranking ke 12 dunia dilihat mudah mengatur perlawanan lantas berjaya menundukkan gandingan dari China tersebut.

Dalam set kedua, beregu China lebih agresif mengatur permainan dan menyebabkan pasangan negara melakukan kesilapan serta memberi mata buat pihak lawan.

Pada set ketiga, V Shem dan Wee Kiong beraksi dengan baik namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila Zhang Nan-Fu Haifeng meraih kemenangan pada set penentuan tersebut. Bergu negara banyak melakukan kesilapan ketika mengambil serve yang menyumbang mata mudah buat China.

Badminton olimpik rio

Selain daripada itu, pasangan China turut menggunakan peluang serta ruang yang terhidang dengan sebaiknya sehingga memaksa regu negara bekerja keras untuk mengekang kemaraan mereka.

Walaupun tewas di pentas akhir, gandingan negara sudah menunjukkan prestasi yang baik dan turut mencipta sejarah baru dalam sukan badminton negara.

Sewaktu aksi separuh akhir sebelum ini, V Shem dan Wee Kiong menundukkan pasangan daripada China, Chai Biao dan Hong Wei menerusi perlawanan tiga set, 21-18, 12-21 dan 21-17.

Sebelum pertemuan beregu lelaki berlangsung, pemain perseorangan harapan negara, Datuk Lee Chong Wei turun menggalas cabaran negara dan berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir selepas menewaskan seteru utamanya, Lin Dan, 15-21, 21-11, 22-20.

Kini, harapan pingat emas Malaysia disandarkan kepada Datuk Lee Chong Wei yang akan beraksi pada final menentang Chen Long dari China, jam 8.20 malam ini.

Reply