no comments

PETUA MERAWAT TUMIT PECAH

PETUA MERAWAT TUMIT PECAH.jpg

Petua Merawat Tumit Pecah

Berikut adalah petua untuk merawat tumit kaki pecah atau merekah.

Petua 1:
Sapukan sedikit asam jawa pada tumit kaki kemudian rendam kaki ke dalam air suam yang berisi garam (seelok-eloknya garam bukit).
Amalkan selalu sehingga tumit kaki licin.

Petua 2:
Geselkan tumit kaki pada rumput yang masih lagi berembun di waktu pagi.
Lakukan setiap hari.

Petua 3:
Panaskan lemak ayam sehingga menjadi minyak. Sapukan pada tumit setiap malam sebelum tidur.

Petua 4:
Lenyekkan sedikit nasi dan tempek pada tumit yang merekah.
Lakukan beberapa kali sehari setiap hari.

Petua 5:
Hiris 5 biji buah kedondong dan tumbuk bersama 2cm kunyit hidup sehingga hancur. Letakkan bahan yang telah ditumbuk di atas daun sirih dan lipatkan. Layur lipatan daun tersebut di atas api. Apabila suam-suam panas, tampalkan pada tumit kaki dan balut dengan kain.
Amalkan seminggu sekali.

Petua 6:
Perah jus dari bawang merah dan sapukan pada tumit kaki yang pecah.
Amalkan selalu.

Petua 7:
Gosok buah belimbing buluh pada tumit kaki dan biarkan seketika dan gosok dengan kain untuk menghilangkan kulit kasar. Lakukan setiap kali sebelum mandi.

Petua 8:
Ramas beberapa helai daun pisang yang kering dan gosokkan pada tumit kaki.
Amalkan selalu.

Petua 9:
Masukkan beberapa keping asam gelugur dan beberapa sudu cuka ke dalam baldi berisi air sejuk. Rendam kaki selama 10 minit.
Amalkan setiap hari.

Petua 10:
Gosok getah betik muda pada tumit kaki. Biarkan kering atau selama 10 minit dan bilas dengan air bersih.
Amalkan 2 kali seminggu.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close