no comments

PETUA MENGURANGKAN BATUK

PETUA MENGURANGKAN BATUK.jpg

Petua Mengurangkan Batuk

Berikut adalah petua untuk mengurangkan batuk.

Petua 1:
Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sesudu madu. Minum setiap pagi sebelum sarapan.

Petua 2:
Ambil sebiji limau sunkist, buat lubang toreh pangkah pada kulit bahagian limau itu dan sumbat sesudu gula batu pada lubang limau itu. Masukkan limau tersebut ke dalam periuk nasi yang sedang dimasak ketika nasi sudah kering. Tutup periuk dan biarkan sehingga nasi masak. Setelah nasi masak keluarkan limau tersebut dan makan dengan membaca bismillah dan selawat ke atas nabi. Amalkan sehingga sembuh.

Petua 3:
Masukkan 2 sudu nasi panas yang baru masak ke dalam cawan dan letakkan sedikit air. Biarkan nasi itu semalaman dan minum air nasi itu pada keesokan paginya. Amalkan sehingga sembuh.

Petua 4:
Campurkan sesudu madu lebah asli ke dalam 1 cawan air suam dan kacau sehingga sebati. Minum 3 kali sehari.

Petua 5:
Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat untuk mendapatkan jusnya yang pekat tambahkan sedikit gula dan biarkan semalaman.
Minum 2 kali seminggu.

Petua 6:
Rendam sedikit kerak nasi dengan air suam hingga kembang. Ambil airnya dan minum.
Amalkan setiap pagi.

Petua 7:
Rebung 2 biji pisang masak hingga lembik, masukkan secawan santan, sedikit garam dan sedikit esen vanila. Makan sebagai sarapan pagi.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close