no comments

PETUA MENGHALAU SEMUT

PETUA MENGHALAU SEMUT.jpg

Petua Menghalau Semut

Berikut adalah petua untuk menghalau semut.

Petua 1
Masukkan beberapa keping asam gelugur atau bunga cengkih ke dalam bekas gula. Bau asam gelugur atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Petua 2
Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 3
Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ianya dapat mengelakkan semut menghampiri gula.

Petua 4
Masukkan beberapa biji bawang merah ke dalam bekas gula. Tidak perlu kupas kulit bawang tersebut.

Petua 5
Bakar kulit telur sehingga menjadi abu kemudian tabur pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close