no comments

PETUA MENGGEBUKAN WAJAH

PETUA MENGGEBUKAN WAJAH.jpg

Petua Menggebukan Wajah

Berikut adalah petua untuk menggebukan wajah agar wajah kelihatan cantik menawan.

Petua 1:
Lenyekkan buah tomato yang ranum kemerahan dan gosokkan pada wajah dan leher. Biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air suam.
Amalkan selalu.

Petua 2:
Goreng beras pulut tanpa minyak hingga menjadi kuning. Kisar beras tersebut hingga halus. Kemudian campurkan beras itu dengan sedikit madu dan air perahan limau, kacau sehingga sebati. Basuh muka dan sapukan campuran beras itu tadi ke seluruh wajah. Biarkan hingga kering atau selama 15 minit dan bilas dengan air bersih.
Amalkan seminggu sekali.

Petua 3:
Sapukan susu segar pada muka dan gosok-gosokkan seperti membasuh muka sehingga rata. Biarkan hingga kering dan bilas dengan air suam.
Lakukan 2 minggu sekali.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close