no comments

PETUA MENEGANGKAN KULIT MUKA

PETUA MENEGANGKAN KULIT MUKA.jpg

Petua Menegangkan Kulit Muka

Berikut adalah petua untuk menegangkan kulit muka.

Petua 1:
Kisar kulit sebiji pisang masak dan gaul bersama putih telur. Lumurkan kr seluruh muka dan biarkan sehingga kering kemudian bilas dengan air bersih.
Amalkan 3 kali seminggu.

Petua 2:
Pukul putih telur hingga kembang dan letak sedikit tepung sagu. Lumurkan ke seluruh muka sebelum tidur dan biarkan semalaman.
Bilas muka dengan air bersih dan lumur timun yang telah diparut ke muka. Biarkan selama sejam dan kemudian bilas dengan air bersih.
Amalkan seminggu sekali.

Petua 3:
Kisar beberapa kuntum bunga melur dan bunga cempaka. Bancuh bunga yang telah dikisar dengan bedak sejuk bersama sedikit air. Lumur ke seluruh muka setiap malam sebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam kemudian bilas dengan air sejuk.

Petua 4:
Tumbuk halus sedikit beras pulut bersama sedikit kulit kayu manis dan kunyit hidup. Lumur ke seluruh muka dan lehersebelum tidur. Keesokan hari cuci muka dengan air suam dan bilas dengan air sejuk.
Amalkan 2 kali seminggu.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close