no comments

PETUA HILANGKAN JERAGAT

PETUA HILANGKAN JERAGAT.jpg

Petua Hilangkan Jeragat

Jeragat adalah bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrien, faktor genetik, cuaca atau kesan penggunaan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.

Berikut adalah petua-petua yang boleh diamalkan untuk menangani masalah jeragat.

Petua 1:
Ambil segenggam beras, rendam ke dalam air selama sejam. Toskan beras dan tumbuk bersama 1cm kunyit hidup hingga lumat. Gaulkan bersama perahan sebiji limau nipis dan putih telur. Sapukan ke seluruh muka dan biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Amalkan setiap hari.

Petua 2:
Ambil sesudu susu tepung dan gaul dengan perahan limau nipis. Sapukan ke seluruh muka dan biarkan hingga kering. Bilas dengan air suam untuk kekalkan kelembapan kulit.
Amalkan setiap hari.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close