no comments

PETUA AGAR DAGING CEPAT EMPUK

PETUA AGAR DAGING CEPAT EMPUK.jpg

PETUA AGAR DAGING CEPAT EMPUK

Sempena ibadat Qurban yang lalu pasti ada yang mendapat agihan daging bukan? Lalu daging hendak dimasak, namun sukar untuk dilembutkan. Ianya perlu memakan masa yang lama untuk diempukkan. Jadi, disini dikongsikan petua bagaimana agar daging cepat empuk. Anda boleh guna mana-mana cara berikut:

1. Daun nangka : Cara yang pertama ialah dengan memasukkan beberapa helai daun nangka ke dalam rebusan daging atau masakan.

2. Cuka : Perap daging yang telah dipotong dengan sedikit cuka makan selama lebih kurang 15 minit. Selepas itu toskannya hingga kering,lalu masak seperti biasa. Anda hanya perlu memastikan api dapur berada pada tahap sederhana ketika masakan daging itu hampir menggelegak. Hasilnya daging lebih cepat empuk dan rasanya juga amat sedap.

3. Tempe : Biasa digunakan untuk melembutkan gulai daging. Hanya masukkannya ke dalam masakan dan biarkan.

4. Daun betik : Masukkan beberapa tangkai daun betik ke dalam masakan juga boleh melembutkan daging. Jika tiada tangkainyanya, anda juga boleh menggantikannya dengan betik muda. Pastikan anda kupas kulitnya, buang biji serta bersihkannya terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam mana-mana masakan berasaskan daging.

5. Tepung : Gaul daging bersama tepung dan perapkan dengan kicap selama 30 minit sebelum dimasak.

6. Buah keras : Tumbuk lumat buah keras, lalu masukkan ke dalam ramuan gulai daging. Daging akan lebih cepat empuk.

7. Keratan kayu ubi : Batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu dan masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit, lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

#Selamat Mencuba…
Infokini,my

Reply