no comments

PESAWAT MH17 TERHEMPAS

Sebuah pesawat penumpang Malaysia yang membawa 295 penumpang dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan terhempas di Ukraine dekat sempadan Russia hari ini.

Menurut agensi media Interfax, pesawat itu dipercayai ditembak jatuh pada ketinggian 10,000 meter. Menurut seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Ukraine, pesawat itu dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu Buk.

Penasihat Menteri Dalam Negeri Ukraine berkata pesawat itu terbang pada ketinggian 10,000 meter apabila ia ditembak dengan peluru berpandu daripada pelancar roket Buk. Tiada mangsa yang terselamat, 280 penumpang dan 15 kru terbunuh.

Sementara itu syarikat penerbangan MAS mengesahkan pihaknya terputus hubungan dengan pesawat MH17 dari Amsterdam. Kedudukan terakhir pesawat itu ialah di ruang udara Ukraine. Pengesahan rasmi masih belum lagi dibuat.

No Responses

    Reply