no comments

PESANAN TERAKHIR Arwah Pak Jabit Sebelum Menghembuskan Nafas Buat Selamanya..

Berita pemergian pelakon veteran yang cukup dikenali ramai, iaitu ‘Pak Jabit’ pagi tadi mengejutkan seluruh peminat filem komedi tanah air.

Pak Jabit atau nama sebenarnya Abdul Kadir menghembuskan nafasnya yang terakhir dipercayai akibat masalah jantung kira-kira jam 7.10 pagi Khamis di sebuah klinik di Lanchang, Pahang.

Cucunya memberitahu, Arwah mengadu mudah letih sejak kebelakangan ini.

Dalam satu temubual wartawan Sinar TV bersama anak Allahyarham, iaitu Abdul Khalid Putra menceritakan Arwah sempat mengejutkan isterinya untuk solat subuh sebelum tubuhnya kejang kaku dan dibawa ke klinik terdekat.

Ketika ditanya wartawan, anaknya memberitahu pesanan terakhir Arwah. Arwah Pak Jabit sempat berpesan kepada ahli keluarga supaya menjaga lembu dan haiwan peliharaan miliknya yang lain sebelum meninggal dunia.

 

Jenazah Allahyarham Pak Jabit selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rantau Panjang, Lanchang selepas solat zohor tadi.

Isteri Arwah Pak Jabit Menyirami Air Mawar di Pusara

“Damailah di sana Pak Jabit. Semoga Allah ampuni segala dosa dan ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Aamin.. InsyaAllah.” Sama-sama sedekahkan AL-FATIHAH buat Allahyarham.

Reply