Perutusan Khas YAB Perdana Menteri Hari Ini. PKPP Disambung Atau Tamat?
Sejak beberapa jam yang lepas beberapa poster mula tular di media sosial mengenai Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan menyampaikan perutusan khas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) pada hari ini jam 3 petang.
Namun, menerusi Jabatan Perdana Menteri mengesahkan bahawa berita yang tular di media sosial itu adalah berita p4lsu.
Terbaru, menerusi kemaskini laman faceb00k rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memaparkan poster terbaru Perutusan Khas YAB Perdana Menteri.
Di dalam poster ini menunjukkan maklumat mengenai Perutusan Khas Perdana Menteri, Perkembangan Terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP). Perutusan Khas itu dijangka bermula pada jam 4 petang waktu Malaysia pada hari ini 20 Julai 2020.
Perutusan khas ini akan bersiaran secarang langsung di TV3, Astro Awani, Bernama dan RTM. Sudah pasti perutusan ini yang ditunggu-tunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.
Mungkin ada beberapa info penting yang akan disampaikan di dalam ucapan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Yang pasti ianya mungkin menyentuh mengenai Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP). Adakah PKPP akan disambung semula atau mungkin ditamatkan?
Atau kemungkinan lain dikembalikan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat(PKPB)? Apa-apa pun kemungkinan itu hanyalah andaian kita semua. Diharap supaya Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan(PKPP) tidak disambung semula dan rakyat Malaysia hidup dengan normal baharu. Insyaallah..Kita sama-sama doakan yang terbaik untuk Malaysia.