
Permohonan Rumah Rakyat (PPR) adalah proses di mana individu atau keluarga yang layak boleh memohon untuk mendapatkan unit kediaman . Biasanya, permohonan ini dibuka oleh pihak berkuasa tempatan atau agensi kerajaan yang bertanggungjawab menguruskan projek-projek PPR.
Ianya juga merupakan inisiatif Kerajaan untuk menyediakan tempat tinggal bagi golongan berpendapatan rendah di malaysia. Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan bertanggungjawab sebagai agensi utama melaksanakan ini seluruh Malaysia.
Katogeri PPR
PPR Disewa
- Diperkenalkan pada Februari 2002 dengan matlamat untuk menyewakannya kepada golongan sasaran, khususnya golongan berpendapatan rendah dan setinggan, pada kadar sewa sebanyak RM124.00 Sebulan.
PPR Dimiliki
- Kerajaan juga turut melaksanakan ini dengan matlamat memberikan peluang kepada golongan berpendapatan rendah untuk memiliki rumah sendiri.
- Ianya dijual pada harga RM 35,000.00 seunit di Semenanjung Malaysia dan RM42,000 seunit di Sabah dan Sarawak.
Syarat Kelayakan

Pemohon dan pasangan warganegara Malaysia
- Tidak pernah memiliki rumah
- Pendapatan isi rumah bulanan RM5,000.00 dan ke bawah
- Berumur 18 tahun ke atas
- Bujang layak memohon, tetapi keutamaan akan diberikan kepada keluarga yang mempunyai keluarga
Cara Memohon PPR 2024
Berikut adalah cara dan langkah untuk membuat permohonan PPR tahun 2024:
Cara | Keterangan |
---|---|
Buka Laman Web Rasmi SPRN | Buka laman web di https://sprn.kpkt.gov.my/user/register |
Daftar Masuk | Isi maklumat (Nama, No Kad Pengenalan, Alamat e-mel) dan klik “DAFTAR” |
Pengesahan Akaun | Buka emel pengesahan, ikuti arahan untuk pengesahan akaun |
Log Masuk ke Portal SPRN | Gunakan butang log masuk untuk masuk ke portal SPRN |
Pilih Skim Kelayakan | Pilih skim yang sesuai dengan kelayakan anda di portal SPRN |
Isi Maklumat Permohonan | Lengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang diminta |
Pilih Projek (PPR) | Pilih projek PPR yang ingin anda memohon |
Muat Naik Dokumen | Muat naik dokumen yang diperlukan seperti kad pengenalan dan surat sokongan |
Kemaskini Permohonan | Sekiranya perlu, klik “KEMASKINI PERMOHONAN” untuk mengemaskini maklumat permohonan |
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda ingin membuat semakan bagi projek PPR yang terkini di negeri anda .
Untuk sebarang pertanyaan ataupun maklumat lanjut mengenai Portal TEDUH dan Sistem Pengurusan Perumahan Negara (SPRN) sepanjang tempoh pemerintahan kawalan Pergerakan, anda boleh kemukakan di :
- Emel : [email protected]
- Helpdesk : : https://teduh.kpkt.gov.my/helpdesk
- Skim PPR : 03-889 14052 (Selangor, Melaka, Johor, N9) 03-889 14278 (KL, Sabah, Sarawak) 03-889 14028 (Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Pahang, Terengganu)