no comments

Perubahan Fizikal Almy Nadia Jadi Bualan, “Bukan Tak Nak Kurus Tapi…”

Pelakon Almy Nadia sekali lagi menjadi bualan warganet selepas video terbarunya telah tular dikongsikan di media sosial. Perkongsian video tersebut telah mendapat perhatian ramai dan ramai yang berasa terkejut dengan perubahan fizikal isteri kepada Dato Fizz Fairuz itu.

Melalui video yang telah dimuat naik itu, Almy Nadia kelihatan sedang menaiki motorsikal dan video itu kemudiannya telah dikongsikan semula oleh peminatnya di Tiktok. Menurut sumber, video tersebut telah dirakamkan oleh suaminya sendiri Fizz Fairuz semasa Almy sedang mula menaiki motorsikal dalam kawasan perumahan mereka.

Aksi comel Almy Nadia itu turut membuatkan ramai yang geli hati dan terhibur melihat telatahnya membawa motor, dalam masa yang sama ada juga yang menegur perubahan fizikal pelakon wanita yang pernah popular dalam drama Dunia Baru itu. Almy kelihatan sangat berbeza sekarang jika dibandingkan keadaannya ketika sebelum berkahwin dahulu.

Ada juga yang meluahkan rasa bimbang dengan peningkatan berat mendadak pelakon itu yang mungkin akan memberi kesan kepada kesihatannya. Namun begitu, rata-rata netizen menganggap perubahan berat badan itu sudah menjadi perkara biasa yang dialami oleh orang yang telah berkahwin dan mempunyai anak.

Tambahan pula, bagi kaum wanita yang mempunyai anak, kebiasaannya berat badan mereka akan meningkat naik seiring dengan membesarnya anak-anak mereka. Sudah menjadi perkara biasa untuk orang yang lepas bersalin. Apabila meninjau di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan para netizen ekoran perubahan fizikal Almy Nadia yang dilihat sangat cantik di zaman aktif berlakon dahulu.

“Alah kita ni sama je, dah ada anak, badan sihat, bukan tak nak kurus tapi kurus tu tak datang kat kita dah”

“Sayang tu memanglah sayang, tapi lelaki ni kadang nak tengok yang cantik-cantik je, dia nampak dah berisi sangat , jagalah sikit datin badan tu”

“Kita yang wanita ni tengok pun memang dia cantik, tak perlu lah nak cakap dia tak cantik ke apa dengan fizikal dia macam tu”

Sekadar makluman, Almy Nadia dan Fizz Fairuz telah mendirikan rumah tangga pada April 2014 selepas kira-kira lapan tahun menjalinkan hubungan cinta. Pasangan itu telah dikurniakan 4 cahaya mata. Sebelum ini juga, Datin Almy kerap ditegur kerana perubahan fizikalnya selepas bersalin.

Pelakon yang berusia 36 tahun itu pernah membintangi beberapa buah drama dan filem. Antaranya ialah Nana Tanjung, Janji Kekasih, Hujan Teduh, Dunia Baru, Cinta Tak Bertepi dan Dunia Baru The Movie. Bakat Almy dalam dunia lakonan sememangnya tidak boleh dinafikan kerana pada zamanya beliau turut menjadi saingan kuat kepada Fasha Sandha, Diana Danielle, serta Fauziah Gous. Beliau mula menempatkan diri dalam dunia lakonan selepas menyertai pertandingan Dewi Remaja tahun 2005/2006.

Berikut adalah video yang telah mendapat perhatian itu:

Kita sebagai masyarakat yang melihat dari luar sepatutnya tidak perlulah terlalu menjaga tepi kain orang lain sehingga menimbulkan unsur-unsur buli cyber yang boleh menganggu emosi seseorang itu. Tindakan komen-komen negatif mengenai fizikal orang adalah satu tindakan yang tidak beretika sebagai pengguna media sosial. Apa yang terbaik kita mendoakan kesejahteraan mereka dan semoga perkara yang baik terus berlaku untuk mereka sekeluarga. Tindakan ‘body shaming’ ini haruslah dihentikan demi menjaga keharmonian alam media sosial.

Almy Nadia mendapat komen sebegini sejak dari awal kelahiran lagi sehinggalah hari ini, selepas beliau tidak aktif lagi dalam dunia lakonan, beliau kerap menjadi perhatian media sosial disebabkan isu fizikalnya. Sebaiknya kita doalah yang baik-baik untuk mereka, jaga jari anda masing-masing daripada menaip komen yang boleh menyakitkan hati orang lain.

Reply