no comments

Pernah Menjuarai AF4, Jadi Penyanyi Pun Ada Pasang Surut, Ramai Yang Sokong Kerjaya Terbaru Faizal AF4

Nama Faizal AF4 pernah popular sekitar tahun 2006 apabila telah menjuarai program realiti Akademi Fantasi Musim Ke-4 selepas kejayaan Mawi pada musim ke-3 tahun 2005. Walaupun pada ketika itu, fenomena Mawi masih belum berakhir, nama Faizal turut mendapat tempat dihati peminat. Beliau yang popular dengan lagu Datanglah itu juga berasal dari Negeri Terengganu.

Masa berganti masa, hampir 2 dekad lamanya, inilah perkembangan terkini Faizal AF4. Peminat turut gembira dengan perkembangan terkini beliau. Sudah menjadi kebiasaan dalam dunia industri nyanyian, pasti ada pasang surutnya, dan Faizal juga turut menerima tempias yang sama.

Kini Faizal telah pun terlibat dengan kerjaya barunya sebagai Penjual Kelengkapan Rumah Terkemuka Dunia iaitu Coway (M) Sdn Bhd (Coway Malaysia).

Namun ramai yang beranggapan selepas beliau menyertai kerjaya ini, Faizal telah meninggalkan kerjayanya sebagai penyanyi. Tanggapan tersebut tidak benar sama sekali. Ini pengakuan dari Faizal AF4,

“Asalamualaikum semua, ini adalah first day saya berjuang bersama Coway. Inilah sahabat-sahabat seperjuangan saya. Sokonglah saya dan kawan-kawan yang lain ya, amin”. Katanya

Dalam masa yang sama juga, Faizal yang semakin dikenali kembali menerusi platform tiktok turut berkongsi rasa dalam satu video yang lain. Faizal memaklumkan, beliau masih lagi aktif sebagai penyanyi, dan kerjaya barunya itu bukanlah penghalang untuk beliau terus menyanyi. Beliau sangat cintakan kerjaya sebagai penyanyi dan akan terus menyanyi dan memenuhi undangan nyanyian sekiranya ada.

“Tak semestinya menjadi seorang penyanyi tak boleh menjadi peniaga. Say bersama Coway sekarang dan masih lagi menyanyi.

“Jadi rasanya tiada masalah selagi saya mencari rezeki yang halal. Saya sayang ada semua” Kata Faizal

Menerusi perkongsian beliau tersebut, ramai netizen yang menyokong kerjaya terkini faizal dan mendoakan semoga beliau sukses dan dimurahkan rezeki.

“Kemah boh, semoga dipermudahkan segala urusan”

“Mantap bang, saya tetap sokong Faizal”

“Yang penting rezeki halal, semoga Faizal diberikan rezeki yang luas”

“Jalan terus bos. Antara artis yang suara betul-betul padu dan lain dari yang lain”.

Dalam masa yang sama juga, ada juga yang meninggalkan komen lucu dan nak respon tentang perbezaan rupa Faizal dahulu dan sekarang.

Kita doakan yang terbaik untuk Faizal AF semoga beliau terus dapat memberi manfaat kepada masyarakat dengan kerjaya baru dan terus menghiburkan kita dengan kelunakan suara beliau.

Sumber: Tiktok Faizal Senyum Sokmo.

Reply