no comments

PERMOHONAN BARU BR1M 2016

permohonan baru br1m 2016.png

Permohonan Baru BR1M 2016

Permohonan baharu bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan akan dibuka mulai Sabtu ini 5 hingga 31 Disember, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata selain permohonan baharu, mereka yang ingin mengemaskini maklumat juga boleh melakukannya pada tarikh tersebut dengan memuat turun borang secara percuma di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia Klik Sini atau www.treasury.gov.my.

Mereka juga boleh mendapatkan borang BR1M 2016 di mana-mana cawangan LHDN, pusat khidmat hasil LHDN, dan pusat transformasi bandar LHDN, katanya.

Beliau berkata, permohonan baharu dan mengemaskini maklumat boleh dilakukan dalam talian.

“Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer sahaja dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih,” katanya.

Ahmad Husni berkata, bagi permohonan baharu, pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

“Penerima sedia ada (2015) juga perlu mengemaskini maklumat terkini untuk memudahkan proses bayaran,” katanya.

“Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016. Bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Januari 2016,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau email kepada [email protected] untuk sebarang pertanyaan lanjut.

Reply