no comments

PERMINTAAN TERAKHIR SHARIFAH AINI

PERMINTAAN TERAKHIR SHARIFAH AINI.jpg

“Ya Allah, Kak Pah cakap pun Kak Pah hendak menangis,” demikian antara kata-kata terakhir Allahyarhamah Datuk Sharifah Aini ketika menjadi panel jemputan Rancangan Celik Hati bersama Prof Dr Muhaya di TV9 yang lalu.

Jelas Sharifah Aini, penampilan dia yang lalu membuatkan dia malu kepada Allah dan berharap penampilannya yang lalu tidak lagi disiarkan oleh mana-mana pihak selepas ketiadaannya.

“Tengok Youtube dengan rambut dan penampilan saya… saya malu pada Allah, terlalu malu… tapi itu sudah lepas hendak kata apa lagi.

“Jadi saya ada permintaan pada stesen televisyen, kepada kawan-kawan media, kalau nak keluarkan gambar tolonglah jangan keluarkan gambar yang dulu, gambar yang tidak berhijab.

“Kasihan dekat kita semua, kami semua sudah ‘move on’ ke jalan Tuhan. Hendak jadi lebih baik, hendak dekat dengan Allah, setiap hari kami mencari keredhaan Allah,” katanya.

Sharifah Aini turut mengatakan bahawa kelahiran Aliff Omar Ali adalah suatu yang paling berharga baginya dan berharap Aliff menjadi imam bagi menyembahyangkan jenazahnya.

Hasrat Sharifah Aini tertunai apabila solat jenazahnya diimamkan sendiri oleh anaknya Aliff di Masjid Al Taqwa Taman Tun Dr Ismail. Allahyarhamah meninggal dunia pada usia 61 tahun kerana menghidap fibrosis paru-paru sejak dua tahun yang lalu. Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara, Kuala Lumpur.

Reply