Perlekeh Donut Sambal Sebagai Makanan Pelik Bἀngsa Johor, Selepas Cuba, Hairan Kenapa Mata Hitam Ke Atas
Jika berkunjung ke Negeri Johor tidak sah kalau tidak perkena makanan kegemaran iaitu pisang goreng dicicah bersama sambal kicap. Ianya seakan-akan sudah menjadi “trademark” untuk negeri Selatan Semenanjung Malaysia ini.
Untuk artikel kali ini kami bukan ingin bercerita mengenai pisang goreng sambal kicapnya tetapi mengenai satu menu baru yang sedang viral di negeri Johor buat masa ini. Menerusi tweett seorang pengguna media sosial itu, dia telah memuat naik satu menu baru iaitu donut sambal. Apa? Donut sambal? Iya..betul.. ianya adalah donut sambal dan bukannya sambal kicap atau sambal ikan bilis.
Mungkin pada mulanya kita merasakan sedikit pelik dengan menu ini namun rata-rata yang berkongsikan pendapat mereka menyatakan bahawa donut sambal adalah satu hidangan yang sedap.
Gerai yang menjual donut berkenaan dikenali sebagai Gerai Titi dan mempunyai peminat mereka yang tersendiri.
Apa pun, ternyata kita sebagai rakyat Malaysia sendiri masih belum mengetahui pelbagai hidangan istimewa di setiap negeri di negara ini.
Lain negeri lain hidangan makanannya. Jadi, pergilah merantau untuk menemui pelbagai hidangan yang pelik dan “rare” di Malaysia ini. Yang pasti setiap negeri lain-lain jenis makanan yang ada.
Sebagai contoh laksa Sarawak tidak sama dengan laksa Johor atau Terengganu. Walaupun nama sama iaitu laksa tetapi rasanya berlainan dan mempunyai keunikan tersendiri.