no comments

Perkembangan Terbaru Susulan Jururawat Hilang

Perkembangan Terbaru Susulan Jururawat Hilang.jpg

Selepas 13 hari hilang, seorang bapa terpaksa menerima hakikat bahawa jasad anaknya tidak akan dapat ditemui sampai bila-bila.

Itulah keperitan yang terpaksa dilalui pesara tentera, Mohd Yusuf Othman, 56, apabila jasad anak kesayangannya, Nurul Wazieyana, 23, gagal ditemui sehingga hari terakhir operasi di Pantai Pasir Pandak, di sini, ditangguhkan, selepas pasukan mencari dan menyelamat (SAR) gagal menemui sebarang petunjuk baru.

“Hanya Allah yang tahu. Sebagai ayah saya inginkan tanda, biarlah secebis daging, atau apa saja, asal dapat kami ingati pemergiannya,” kata Mohd Yusuf

Hampir dua minggu menaruh harapan, Yusuf menyusuri pantai itu setiap pagi dan petang dengan harapan menemui petunjuk mengenai anaknya itu, malah pagi semalam, dia turut bersama-sama dengan lebih 55 anggota SAR menjalankan misi berkenaan.

“Saya harus nampak kuat di hadapan keluarga, namun hati saya meruntun apabila keseorangan di pantai. Itu perlu saya sembunyikan,” katanya lagi.

Yusuf berkata, biarpun masih berharap, dia dan keluarganya terpaksa menerima hakikat bahawa pusara Nurul Wazieyana adalah di pantai berkenaan.

25hm2swk1.transformed.jpg

Reply