Perkara Yang Dilakukan Ketika Happy Deepavali
Hari Deepavali atau Diwali, adalah perayaan yang dirayakan oleh umat Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti di Malaysia. Istilah “Deepavali” berasal dari kata ‘Dipa’ yang bermaksud cahaya dan ‘Gavali’ yang bererti barisan. Pada hari ini, masyarakat menghias rumah dengan pelita dan menyalakan mercun, serta berkongsi gula-gula dan hadiah dengan keluarga dan jiran.
Beberape tradisi yang dijalankan semasa Deepavali termasuk:
- Sembahyang Untuk Nenek Moyang: Upacara kecil diadakan untuk mengenang nenek moyang yang telah meninggal dan dihadiri oleh keluarga terdekat.
- Mandi Minyak: Ahli keluarga tertua akan menyapu minyak bijan ke atas kepala setiap anggota keluarga sebagai simbol pembersihan diri daripada kejahatan sebelum sembahyang.
- Kolam dari Pelita: Hiasan kolam tepung beras yang dipadankan dengan pelita melambangkan sambutan perayaan dan penghormatan kepada dewa Lakshmi.
- Manisan: Hidangan manisan seperti muruku, laddu, dan nei urundai menjadi identiti perayaan ini sering dihidangkan untuk menyemarakkan suasana
- Restu Dari Ibu Bapa: Meminta restu ibu bapa adalah amalan penting bagi penganut Hindu pada hari ini.
- Amalan Kunjung Mengunjung:Masyarakat mengunjungi saudara-mara dan rakan-rakan untuk mengeratkan hubungan silaturahim serta mengadakan rumah terbuka
Perkongsian ini bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman yang lebih mendalam tentang budaya masyarakat India, khususnya bagi mereka yang beragama Hindu di Malaysia, serta cara mereka menyambut Hari Deepavali.