no comments

PEREMPUAN PERLU TAHU

PEREMPUAN PERLU TAHU.jpg

Perempuan Perlu Tahu

1. Lelaki juga boleh menjadi seseorang yang begitu sensitif dan mengambil berat (prihatin)

2. Jika seseorang lelaki meminati wanita, wanita itu tidak semestinya cantik. Cukup dengan budi bahasa dan kesopanan yang tinggi. Malah lelaki boleh menyukai wanita yang mempunyai banyak persamaan dangannya sama ada dari segi pemikiran atau minat.

3. Lelaki sebenarnya tidak mengetahui perasaan sebenar yang dirasakan oleh seorang wanita.

4. Lelaki boleh menerima penolakan dengan baik.

5. Lelaki cuba menonjolkan sikap kelelakiannya untuk menambat hati wanita.

6. Lelaki memang dilahirkan dengan perasaan yang kuat terhadap wanita. Sebab itu mereka suka melihat wanita, menjeling wanita atau mencuci mata.

7. Kebanyakkan lelaki resah bila berhadapan dengan situasi ingin mengajak wanita keluar buat kali pertama.

8. Lelaki cuba meniru gaya selebriti atau berlagak macho hanya kerana ingin memikat hati wanita.

9. Lelaki bila cakap “Emm… tengoklah dulu…” itu bermaksud dia berkata tidak atau kurang setuju.

10. Bila lelaki cakap direct to the point dalam sesuatu hal, dia sebenarnya ingin bersikap jujur dan berterus-terang dan mengharapkan wanita memahami maksudnya.

11. Kebanyakkan lelaki yang nampak “desperate” datang dari sekolah all boys! (how true).

12. Lelaki cemburu apabila perempuan asyik menyebut nama lelaki lain.

13. Lelaki selalu keliru dengan sikap perempuan dan tak faham kenapa perempuan bersikap begitu begini.

14 Kadang-kadang lelaki perlu mengetahui lebih mendalam bagaimana cara untuk berhadapan dengan perempuan supaya hubungan dapat berjalan dengan baik.

15. Betapa hebatnya lelaki itu bersikap romeo dan “flirting” dengan ramai wanita tetapi hanya ada seorang sahaja wanita yang istimewa buatnya. Yang lain hanyalah kawan.

16. Bila sesuatu hubungan terputus di tengah jalan, lelaki juga rasa sedih cuma dia tak tunjuk kesedihannya di depan orang.

17. Bila seseorang perempuan itu meminati seseorang lelaki, perempuan itu patut bagi hint!. Mana tahu jika lelaki itu juga menaruh minat.

18. Adalah memalukan bagi lelaki jika tak berupaya menolong wanita. Kebanyakkan lelaki cukup lemah dengan air mata wanita. Mereka akan tewas sekiranya perempuan yang dikasihi mengalirkan air mata. Sebab itu dikatakan air mata senjata perempuan. Lelaki bukanlah 100% sempurna mereka juga mempunyai kelemahan.

Reply