no comments

Pereka Genius Dari Singapura Ini Cipta Tudung Yang Boleh Guna Earphone

Pereka Genius Dari Singapura Ini Cipta Tudung Yang Boleh Guna Earphone.jpeg

Mesti ramai wanita yang bertudung rasa tidak selesa apabila menggunakan fon telinga atau earphone. Nak kena selit earphone masuk dalam tudung, apabila tercabut kena masukkan tangan ke dalam tudung untuk membetulkannya, ianya sangat menyusahkan.

Begitu juga doktor wanita yang bertudung, mereka perlu melakukan perkara yang sama untuk memakai stethoscope.

Namun kini, masalah tersebut boleh diselesaikan. Seorang Fesyen Stylist genius dari Singapupa, Adlina Anis telah mencipta tudung istimewa yang dipanggil Ninja Echo.

ninja-echo-1.png

Adlina mendapat ilham untuk mencipta tudung Ninja Echo ini apabila dia sebagai wanita berhijab, sukar untuk memakai earphone dan mendengar muzik.

Ninja Echo mempunyai ruang khas untuk menggunakan earphone dengan selesa dan tidak rasa janggal. Yang paling penting, tudung ciptaanya masih mengekal kesopanan wanita berhijab.

1-Adlina-Anis-at-her-design-studio-1024x576.png

Tudung ini juga sesuai untuk wanita bertudung yang gemar bersukan sambil mendengar muzik.

2-Adlina-Anis-goiver-over-material-stock-1024x820.jpg

Bagi Adlina, setiap wanita yang bertudung mampu kelihatan hebat dan diharapkan hijab mesra earphone ini mampu membantu mereka untuk lakukan apa yang mereka suka.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close