no comments

Perbuatan Wanita Melamar Lelaki Ini Membuktikan Ia Amalan Terpuji

Perbuatan Wanita Ini Melamar Lelaki Membuktikan Ia Amalan Terpuji.jpg

Perbuatan melamar seorang wanita untuk dijadikan isteri bukanlah perkara asing yang dilakukan seorang lelaki apabila telah bersedia untuk menjadi suami.

Namun, apabila ia dilakukan sebaliknya, pasti si wanita dilabelkan dengan istilah ‘perigi mencari timba’.

Disebabkan takut dilabel sedemikian menjadi punca  ramai golongan hawa memegang kuat prinsip ungkapan itu kononnya demi menjaga air muka dan maruah mereka sebagai seorang wanita.

Jangan memandang rendah golongan wanita yang hendak melamar lelaki pilihan mereka. Sebaliknya berbanggalah, tak semua wanita mampu melakukannya. Tetapi tak boleh buat sebarangan perlu berlandaskan Islam.

Perkongsian kisah wanita ini mampu membuka mata kerana wanita sebenarnya tidak perlu malu untuk melamar lelaki yang dirasakan pilihan terbaik untuk dirinya namun sebaliknya malulah untuk menjalinkan hubungan dengan lelaki tanpa hubungan yang sah.

581087_10150705627627395_1361260621_n.jpg

wanita-lamar-lelaki-1.jpg

Reply