no comments

Perbualan Antara Yuna Dan Wakil Maxis Yang Menarik Perhatian Netizen

Perbualan Antara Yuna Dan Wakil Maxis Yang Menarik Perhatian Netizen.jpg

Hari ini perbualan antara Yuna dan seorang petugas seorang petugas bahagian khidmat pelanggan syarikat Maxis menerusi akaun @MaxisListens di Twitter telah menarik perhatian netizen.

Ianya bermula apabila Yuna yang mengalami gangguan perkhidmatan walaupun telah membayar bil empat hari yang lalu.

Dalam lagi satu tweet, penyanyi itu menjelaskan bahawa dia harus ke pusat perkhidmatan Maxis juga.

“Saya harus ke situ setiap kali saya pulang, adakah kita dalam perhubungan yang serius,” tulis Yuna.

1.png

Selepas itu seorang wakil Maxis yang dikenali sebagai Andre membalas menerusi akaun @MaxisListens: “Hai Yuna, saya sayang awak juga dan perhubungan ini memang serius.”

2.png

Dalam satu tweet susulan, perkhidmatan berjaya diaktifkan semula.

3.png

4.png

Dalam pada itu perbualan tersebut mendapat perhatian beberapa netizen yang menganggap ianya sungguh melucukan.

Antara yang membalas termasuklah penyanyi Aizat Amdan.

5.png

6.png

Reply