no comments

PERANGAI SEBENAR SEORANG DOKTOR (MA) KLINIK KERAJAAN…!!!

Medical Assistant Klinik Kerajaan.jpg

PERANGAI SEBENAR SEORANG DOKTOR (Medical Assistant) KLINIK KERAJAAN…!!!

Kini viral.. AbdAziz Ahmad menerusi facebooknya telah berkongsikan sebuah cerita mengenai pengalamannya dan mendedahkan Sikap sebenar seorang doktor kerajaan.

Ikuti perkongsiannya;

Anak saudara saya telah terlibat dalam sebuah kemalangan pada pagi tadi dan sementara menunggu ambulan sampai, tiba-tiba ada seorang lelaki memberhentikan keretanya, telah keluar membawa sebuah beg dan terus memberi rawatan kecemasan kepada anak saudara saya.

Saya ternampak topi Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) dan dalam hati saya terfikir lelaki ini mungkin anggota paramedik yang datang “on call’ ke tempat kemalangan.

Selepas selesai merawat anak saudara saya sambil menunggu ambulan yang masih belum tiba saya sempat berborak dengan lelaki berkenaan dan lelaki itu memberitahu dia adalah seorang doktor yang bertugas di klinik kesihatan Kampung Pandan dan pada masa yang sama membantu JPAM.

Saya bertanya lagi, adakah dia datang membantu anak buah saya ini sebab “on call”?

Doktor berkenaan memberitahu dia sebenarnya dalam perjalanan balik ke Taiping, tetapi melihat kemalangan dia singgah dahulu membantu apa yang boleh.

Di dalam hati saya terdetik, MULIANYA hati dia, sanggup berhenti membantu walaupun dalam cuti bahkan di dalam beg kecemasannya yang digunakan itu adalah dari duitnya sendiri.

Keluarganya pula sangat ‘sporting’ sanggup dan tidak kisah pun tunggu di tepi jalan sambil menunggu beliau selesai membantu mangsa kemalangan.

Selepas hampir 3 jam akhirnya ambulan dan bomba sampai, doktor berkenaan pun meminta izin dan meneruskan perjalanan, sepupu saya hulurkan sedikit sumbangan namun ditolak dengan berkata dia ikhlas membantu.

Si baju hijau tu bernama Dr NAZRUL…terima kasih doktor atas keprihatinan anda..hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik anda..

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close