no comments

Pensyarah Sebak Terjumpa Bekas Pelajar ‘Struggle’ Mencari Rezeki

Telah tular satu perkongsian seorang pensyarah yang meluahkan rasa sedihnya apabila terserempak dengan belajar pelajarnya yang bersusah payah mencari rezeki untuk menampung keperluan hidup. Perkongsian dari pensyarah wanita yang lebih dikenali sebagai Dr Syazwani Drani ini telah mendapat perhatian netizen yang rata-rata sangat tersentuh dengan penceritaan tentang bekas pelajarnya itu.

Sebak dan sayu hati ini bila terjumpa semula bekas pelajar saya yang sedang struggle mencari sumber pendapatan. Saya tunggu sahaja sampai dia habis makan. Saya hanya tengok dari dalam kereta.

Suap demi suap dia makan saya tengok, tersentuh sungguh hati ini, mengalirlah jugak air mata saya. Masa saya nampak dia tengah membuka bungkusan makan yang dibeli. Saya jadi terdetik nak panggil dia, tapi terfikir pula, nanti dia tak sempat nak makan pula, takpelah, saya sabar menanti sampailah dia habis makan, bila sudah selesai, barulah saya panggil.

Reaksinya apabila melihat saya seperti yang telah saya jangkakan, dia teruja dan segan, sempat juga dia berkongsi kesusahan yang dialami, antara yang menyentuh hati saya, dia cakap ‘Saya suka masa hujan DR’ sebab masa tu ramai orang tak keluar rumah, masa tu order banyak.

Ya Allah, kita ni dalam hujan duduk di rumah je, order sahaja apa nak, mereka yang mencari pendapatan pula bersusah payah, bergolok gadai nyawa membawa motor. Risiko pun ada bila bawak motor semasa hujan.

Sungguh ikhlas mereka menolong orang lain memudahkan urusan penghantaran makanan kepada kita. Tapi kita tak nampak kesusahan si penghantar ni macam mana.

Kalau barang tu lambat sampai sedikit, kita sebagai pelanggan janganlah marah, bukan niat mereka sebenarnya untuk melambat-lambatkan penghantara,. Sebagai pelanggan buatlah mereka gembira dengan berkata terima kasih ketika barang makanan sampai. Itupun sudah cukup menghilangkan rasa penat mereka menghantar, kalau nak cepat, nak maki orang sebab lambat sampai, kenapa kita ni tak keluar sendiri je, kan lebih cepat.

Terus boleh dapatkan?. Kita ni jangan lupa bersyukur dengan apa yang kita ada “sekali sekala tu letak la kaki kita dalam kasut mereka” barulah kita tahu selesa ke ketat ke basah ke,” Dengan situasi sekarang ni, ramai sebenarnya yang terkesan. Kita sebagai pelanggan janganlah memberatkan lagi beban mereka dengan kata-kata yang mungkin mengguris hati mereka.

Ketika itu, saya ada menghulurkan sesuatu kepadanya, pemberian saya ditolak, selepas beberapa kali saya memberitahunya hasrat saya untuk membantu, dapat dilihat matanya mula berkaca, Allahu, ianya betul-betul meruntun hati, ucapan terima kasihnya tidak pernah lekang dibibir.

Kemudian saya pun berlalu pergi, mendung di luar namun hujan di dalam, saya doakan awak akan sentiasa berjaya dan dipermudahkan setiap urusan mencari rezeki. Saya juga doakan agar pelajar saya ni dipelihara dari sebarang musibah, serta mendapat perlindungan dari Allah.

Kisah mengenai pensyarah dan pelajarnya ini adalah satu bukti bahawa warga pendidik sangat menyayangi anak didiknya, sebagai pensyarah mereka ini sudah pasti ingin melihat mereka berjaya, sangat berharap ilmu yang sudah diajar dapat menjadi bekalannya dalam usaha mencari pekerjaan.

Namun apakan daya, kita tidak mampu mengawal peluang pekerjaan dan situasi ekonomi yang mencabar hari ini, mungkin itulah antara faktor membuatkan pensyarah ini merasa sayu melihat para pelajarnya yang masih ‘stuggle’ untuk memulakan hidup.

Reply