no comments

Hati-Hati…!!! Siri Penipuan Online Terbaru.. Guna Gambar Budak Sakit Untuk Umpan KAUT Duit Anda…!!!

Operandi Penipuan Online Terbaru.png

Hati-Hati…!!! Siri Penipuan Online Terbaru.. Guna Gambar Budak Kecil Sakit Untuk Umpan KAUT Duit Anda…!!!

Macam-macam cara orang sekarang guna untuk buat duit. Dan yang menyedihkan, ramai orang Islam yang sanggup berbuat demikian tanpa memikirkan soal halal haram.

Muncul pelbagai jenis sindiket semata-mata untuk mengaut keuntungan. Yang paling popular semestinya menggunakan anak-anak yatim.

Anda pasti pernah didekati golongan kanak-kanak yang masih bersekolah ini di kedai-kedai makan bukan? Kebanyakannya akan datang dan meminta sedekah, sambil mendakwa dana sumbangan itu akan digunakan untuk membina madrasah, tahfiz, sekolah agama, pusat kebajikan, rumah anak-anak yatim, dan sebagainya.

Bagi mereka yang berniat untuk membantu, sejumlah wang akan dihulur kepada kanak-kanak ini dengan ikhlas. Tapi, sama ada dakwaan mereka itu betul atau tidak, tiada siapa yang tahu. Ada orang cakap, ini semuanya sindiket.

Selepas anak-anak yatim, sekarang muncul pula sindiket terbaru.

Kali ini, kanak-kanak dengan penyakit kronik pula dijadikan sebagai ‘umpan’ bagi menjerat mangsa-mangsa yang mudah terpedaya.

1.png

Sekali pandang, rasa macam tak ada apa-apa yang musykil tentang posting tersebut. Luluh hati melihat keadaan anak kecil yang menderita sebegitu.

Sehingga…

2.jpg

Nampak apa-apa yang tak kena?

Pertama: Akaun yang digunakan adalah sama iaitu akaun Maybank Muhammad Amirul dengan nombor 164333327061.

Kedua: Gambar budak yang dimuat naik BERBEZA. Cuba tengok betul-betul. Adakah ini bermaksud Muhammad Amirul ini mempunyai dua orang anak yang memerlukan bantuan perubatan?

Ketiga: Amirah Syaqilah sebelum ini menggunakan nama NurAini Mustafa. Nampak tak, profile picture kedua-dua individu ini sama, malah tarikh bagi kedua-dua posting itu pun sama iaitu pada 23 Disember 2015. Satu dibuat pada 10:09 pagi, satu lagi dibuat pada 2:41 petang.

3.png

Akaun sama dengan nama berbeza. Kedua-dua posting dibuat pada tarikh yang sama.

Bukan itu saja. Ada banyak lagi posting yang lebih kurang serupa. Nombor akaun yang tertera masih lagi milik Muhammad Amirul, tetapi gambar kanak-kanak yang digunakan semuanya berbeza.

4.jpg

Nama bapa kepada budak ini bukan Muhammad Amirul. Afifah Syahirah pula yang menipu.

5.jpg

Masih lagi Muhammad Amirul tapi dengan gambar budak lain. Nilai yang diperlukan adalah sebanyak RM300,000!

6.jpg

Muhammad Amirul lagi. Kali ini gambar anak siapa pula dia pakai.

Yang ini pula, gambar budak sama. Cuma kali ini nombor akaun CIMB milik Muhammad Amirul pula diberi, bukan Maybank.

7.jpg

Atas rasa curiga, sedikit siasatan ke atas nombor akaun tersebut telah dijalankan.

8.png

MayBank

Yang menariknya, kedua-dua akaun ini memang wujud. Nama penuh individu ini adalah Muhammad Amirul Iskandar Bin Azhar Affan.

9.png

CIMB

Nampak tak permainan dia.. Ada sesiapa kenal?

Tergamak sungguh menipu menggunakan gambar kanak-kanak sakit. Entah berapa ribu lah agaknya si Amirul ni dah dapat. Anda di luar sana kenalah lebih berhati-hati selepas ini ya.

Kena siasat dulu sama ada betul atau tidak perkara yang disebarkan. Ramai orang sekarang suka ambil kesempatan dengan menyebarkan perkara-perkara yang tidak benar.

Mohon semua agar lebih berwaspada selepas ini dan tidak mudah percaya terhadap segala yang dipaparkan di laman sosial. Mencegah itu adalah lebih baik daripada mengubati.

Via – SAYS.com

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close