no comments

Peniaga Yang Guna Bekas Polisterin Akan Didenda

Peniaga Yang Guna Bekas Polisterin Akan Didenda.JPG

MELAKA: Semua pasar raya, restoran dan kedai makan yang menggunakan beg plastik bukan biodegradasi (tidak mudah terurai) dan bekas makanan polisterin di Melaka akan dikenakan denda RM250 mulai esok.

EXCO Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi Hijau dan Inovasi negeri, Datuk Md Yunos Husin, berkata amaran itu dikeluarkan sebagai peringatan kepada semua premis terbabit ke arah pelaksanaan dasar teknologi hijau selaras dengan hasrat kerajaan negeri.

“Kami sudah lama merancang mengharamkan penggunaan beg plastik bermula dengan tempoh satu hari diikuti dua dan tiga hari sebelum ia dilaksanakan setiap hari berkuatkuasa 1 Januari.

“Kita sudah memberi masa mencukupi kepada semua pihak berkaitan, untuk membiasakan terhadap larangan berkenaan. Jika gagal melakukan demikian (berkuatkuasa), akan didenda RM250,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Md Yunos berkata, penguatkuasaan itu juga termasuk kepada peniaga yang menyediakan bekas makanan polisterin berikutan larangannya sudah pun bermula Mei lalu sebelum ia dikuatkuasakan pada September.

“Sebelum dikuatkuasakan, kami sudah bertemu dengan peniaga, pengeluar, pembekal, pengilang, pengurus pasar raya termasuk masyarakat setempat dan ia bukan lagi satu alasan untuk tidak mengetahui perkara ini,” katanya.

Masa sama, beliau menasihati pengguna supaya membawa beg membeli-belah sendiri bagi memudahkan membawa barang masing-masing.

“Pelaksanaan ini juga demi kebaikan semua pihak, termasuk pengguna dan kami memerlukan semua pihak perbadanan untuk merealisasikannya,” katanya.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close