Salahguna Kuasa & Aset Kerajaan, Ada Pengawai Polis Suruh Orang Bawahan Hantar Isterinya Ke Pasar
Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS), Datuk Zamri Yahya mendedahkan wujud kesalahan yang sering kali dilakukan oleh pengawai atasan polis, antaranya salah guna kuasa, bergaduh dan tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan semasa bertugas.
“Sebagai contoh, ada pegawai atasan yang memberi arahan kepada anggota bawahan melakukan tugas-tugas untuk kepentingan peribadi seperti menghantar isterinya ke pasar. Ada juga anggota polis yang bergaduh dengan orang awam disebabkan hal-hal kecil.
“Sebenarnya, 95 peratus warga PDRM adalah orang yang jujur, baik dan mahu bekerja, hanya segelintir sahaja tersimpang mungkin disebabkan masalah peribadi, kelemahan karakter atau pengaruh orang sekeliling,” katanya pada sidang media sempena Program Outreach Psikologi dan Spiritual (MyPS) di Batalion 3 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bidor .
Pegawai atasan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang didapati memberi arahan kepada anggota bawahannya melakukan kerja-kerja peribadi serta penyalahgunaan aset kerajaan akan dikenakan tindakan sewajarnya.
Zamri berkata apabila sesuatu salah laku dilaporkan, pihaknya akan menyiasat secara menyeluruh dan sekiranya terdapat bukti jelas, pegawai atau anggota terbabit akan dibawa ke jawatankuasa tatatertib untuk tindakan selanjutnya.
Katanya, pelbagai teguran dan peringatan telah diberikan oleh kepimpinan tertinggi PDRM namun ada juga pegawai dan anggota yang ingkar dan tidak mahu berubah.
Sementara itu, mengulas mengenai program MyPS, Zamri berkata program itu bertujuan mendampingi warga PDRM bagi mempertingatkan kualiti perkhidmatan dan integriti.
“Kita bercadang untuk meluaskan lagi program ini bagi menyemai nilai-nilai murni sekali gus menangani isu-isu moral yang berlaku dalam kalangan polis,” katanya.
Pelbagai program telah dijalankan sepanjang dua hari bermula semalam seperti perkhidmatan psikologi dan kaunseling, klinik solat dan al-Quran, Ujian Psikologi, Sukaneka bersama keluarga, sesi ziarah ke rumah dan beberapa sesi ceramah di samping mendekati dan menyantuni warga Batalion 3 PGA Bidor.
Dalam perkembangan lain, seorang timbalan ketua polis balai ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas disyaki terlibat rasu4h.
Pengarah SPRM Perak, Datuk Mohd Fauzi Mohamad berkata, anggota berpangkat Sarjan Mejar berusia 50-an itu ditahan petang semalam, di suatu lokasi kerana disyaki terlibat dalam r4suah membabitkan jumlah RM2,000,” katanya.
Kɛs disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, yang mana lebih tinggi jika sabit kesalahan.
-Salahguna kuasa dan aset kerajaan untuk kegunaan peribadi adalah sesuatu perbuatan yang tersangat keji. Apabila diberi amanah, kita seharusnya bertanggungjawab dalam menjalankan tugas tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
Sentiasalah menjalankan kerja yang diberikan dengan penuh tanggungjwab tanpa penyelewengan dan cuai.
Perlu ada sifat jujur dan setia kepada organisasi tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan yang dipegang. Gunakan masa dengan sebaiknya dan siapkan kerja dalam tempoh yang ditetapkan dan tidak menggunakan masa pejabat untuk urusan peribadi.