no comments

Penduduk Kampung Gerik Basuh Pinggan Guna Pasir. Ramai Orang Pelik Lihat Video Ini

Kenduri merupakan satu majlis yang sangat dinanti nantikan oleh orang ramai. Ini kerana ia adalah waktu yang terbaik untuk bertemu mesra bersama sanak saudara yang mungkin sudah lama tidak bersua.

Kenduri juga merupakan satu majlis makan-makan yang menjemput kenalan, sahabat handal, saudara mara dan semua yang mengenali.

Sudah pastinya ia sangat gembira dan meriah dengan pelbagai aktiviti beramai ramai seperti memasak lauk pauk kenduri, menghias majlis, menguruskan susun atur meja dan kerusi serta mencuci pinggan mangkuk yang digunakan oleh tetamu yang hadir.

Walaubagaimanapun, lain pula yang terjadi apabila baru baru ini tular dalam sebuah video hantaran di TikTok yang menunjukkan sekumpulan lelaki sedang membersih dan membasuh pinggan dengan cara yang jarang kita nampak dan sangat unik.

Melalui video di TikTok yang telah dimuat naik oleh hanifwafi_, terlihat sekumpulan lelaki sedang membasuh pinggan mangkuk yang kotor dengan menggunakan pasir ketika aktiviti rewang di sebuah majlis kenduri.

Rewang pula bermaksud aktiviti yang dilakukan bersama sama dalam bentuk kumpulan yang agak besar secara bergotong royong dan kerjasama bagi menjayakan sesebuah majlis atau kenduri.

Di dalam video itu, mereka dilihat sedang sibuk mencuci pinggan berwarna biru di kawasan yang dipenuhi tanah untuk disediakan kepada tetamu kenduri yang lokasinya dipercayai di Gerik, Perak.

Tambahan lagi, pasir itu dikatakan bersih dan merupakan tradisi turun-temurun penduduk di kawasan itu. Selain itu, pada akhir video berkenaan, terdapat ramai lagi sekumpulan lelaki yang sedang membilas pinggan biru tersebut dengan menggunakan air paip berdekatan mereka.

@hanifwafi_

Kenduri kendara rewang style, This is Gerik boss hehe.

♬ original sound – Hanif wafi

Difahamkan, pasir berkenaan diguna pakai untuk menghilang dan membersihkan kesan minyak yang melekat pada pinggan mangkuk.

Video pendek yang tular itu berjaya menarik perhatian lebih 1.8 juta tontonan, 31,200 tanda suka dan 500 komen di posting TikTok miliknya.

“Ternyata di Malaysia juga ada yang pakai macam ni dan masih ada sampai sekarang,” tulis seorang warganet.

Sehubungan itu, lawatan di ruangan komen menunjukkan rata-rata warga maya turut teruja dan kagum kerana tradisi itu masih diteruskan dan kekal sehingga kini.

Reply