no comments

Pemandu Lori Dibelasah Teruk Gara-Gara Terlanggar Mercedes ‘Datuk’, Polis Buru 5 Suspek

Pemandu Lori Dibelasah Teruk Gara-Gara Terlanggar Mercedes ‘Datuk’, Polis Buru 5 Suspek Terbabit

Gara-gara terlanggar sebuah kereta mewah dipercayai milik seorang ‘Datuk’, seorang pemandu lori dibelasah teruk oleh sekumpulan lelaki yang didakwa ‘bodyguard’ Datuk berkenaan.

Aksi mangsa dipukul, ditendang dan ditumbuk dirakam dalam sebuah video yang viral sejak Khamis.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku kira-kira jam 2.15 petang pada Sabtu lalu itu, mangsa bersama rakan yang bekerja sebagai penghantar roti dan minuman jus dilaporkan terlanggar kereta jenis Mercedes Benz yang dinaiki oleh empat lelaki di kawasan parkir di hadapan lobi utama di sebuah kondominium di Bukit Antarabangsa.

 

Dalam video berdurasi dua minit dan 49 saat itu, pemandu lori tersebut didakwa terlanggar kereta mewah Mercedes-Benz milik seorang ‘Datuk’ yang telah mengakibatkan badan kenderaan itu tercalar dan plet tertanggal

Video tersebut dipercayai dirakam salah seorang penghuni sebuah kondominium tertua di Bukit Antarabangsa, Ampang di Selangor.

Selepas itu, pemandu lori dan kereta itu bertengkar sebelum berlakunya pergelutan.

Bagaimanapun, tiba-tiba muncul empat lelaki yang bukan penumpang Mercedes Benz berkenaan yang turut membelasah pemandu lori terbabit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmad berkata, laporan berhubung kejadian telah diterima dari pengawal keselamatan kondominium terbabit.

“Kita sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini serta mengenalpasti suspek terbabit berdasarkan maklumat saksi.

“Sehubungan itu, polis turut mengalu-alukan sebarang maklumat orang ramai terutama penduduk di kawasan terbabit untuk membantu siasatan,” katanya kepada BH Online.

Ketika kejadian, beberapa pengawal keselamatan warga Nepal hanya melihat kejadian berkenaan, tanpa mengambil sebarang tindakan disebabkan bimbang dipukul oleh suspek.

Ketika pemandu lori itu terbaring tidak bermaya selepas diterajang berkali-kali oleh beberapa orang lelaki dirakam mengejar seorang lagi lelaki dipercayai rakan mangsa itu.

Namun, individu itu berjaya meloloskan diri beliau dari menjadi mangsa.

Astro Awani,BH Online,SK

Reply