no comments

Pelakon Gerak Khas, Nizen Ayob ‘Pergi’ Buat Selamanya…

Pelakon drama bersiri Gerak Khas melalui watak ‘Inspektor Nizam’ iaitu Saiful Nizen Ayob, 33 tahun, telah meninggal dunia pada pukul 11.55 pagi tadi di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru.

Menurut pelakon Salina Saibi, doktor mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat kegagalan fungsi buah pinggang.

“Allahuakhbar..Sahabat kami Nizen Ayob telah pergi meninggalkan kita sebentar tadi.” Saya dimaklumkan oleh kakak ipar arwah, doktor telah mengesahkan Nizen meninggal dunia kerana 50%¬†buah pinggang telah rosak.

“Jenazahnya akan dimandi dan dikafankan di hospital sebelum dibawa pulang ke kampung halamannya di Johor,” katanya.

Dalam pada itu, berita sedih itu turut dikongsi pelakon Sheera Iskandar menerusi laman Instagramnya.

“Innalillahiwainailaihirojiun. Sahabat kami Nizen Ayob baru sahaja pergi menghadap Illahi. Mohon doa dari semua moga rohnya di cucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang orang yang beriman. Amin.”

“Semoga kau tenang di sana Nizen. Al Fatihah,” tulis Sheera.

Sebelum ini, Nizen pernah mendedahkan dirinya telah disihir oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Allahyarham membuat pendedahan tersebut menerusi laman Instagramnya dengan memuat naik foto sebatang paku berkarat dan objek hitam yang tidak dapat dikenal pasti selain kecederaan di dahinya ketika berubat.

Beliau pernah mendapatkan rawatan perubatan Islam untuk merawat penyakit misteri yang dihidapinya pada awal Mei tahun lalu.

Objek serupa dan beberapa batang paku berkarat didakwa telah dikeluarkan daripada badannya.

Nizen merupakan cucu seniman veteran Allahyarham S Roomai Noor.

Reply

facebook KLIK PANGKAH 2 KALI UNTUK TUTUP Button Close