no comments

Subhanallah… Rupanya Inilah Identiti Pelakon Yang Solat Sunat Sebelum Shooting!

Ramai yang tertanya-tanya siapakah disebalik susuk tubuh yang sedang menunaikan solat sunat di sebuah masjid yang menjadi viral itu. Dikatakan, lelaki tersebut adalah seorang pelakon.

Foto yang dimuat naik oleh Pencetus Ummah (PU) Rahmat di laman Instagramnya pada baru-baru ini mendapat perhatian netizen.

Menerusi kapsyen foto itu, Rahmat merahsiakan identiti pelakon utama yang sedang melakukan solat sunat tahiyatul masjid sebelum memulakan penggambaran.

“Pelakon utama ini solat sunat tahiyatul masjid terlebih dahulu sebelum memulakan panggambaran.

“Artis juga tahu adab masjid. Alhamdulillah. Nama dirahsiakan,” tulis Rahmat.

Hasil siasatan netizen, pelakon lelaki yang sedang meningkat naik itu dikenali sebagai Daler Yusuf!

Menguatkan lagi andaian netizen apabila mereka sempat melihat Instastory Daler yang memakai baju hijau seperti dalam foto tersebut.

Dalam video itu menunjukkan Daler yang mengenakan baju Melayu hijau dan bersongkok sedang bersiap sedia dengan beberapa krew untuk memulakan pengambaran.

Malah, difahamkan Rahmat turut terlibat sama menjalani penggambaran drama, Nota Buat Cempaka yang juga dibintangi Daler.

“Betul la Daler Yusuf tu. Tengok IG story dia. Sama baju hijau dalam masjid. Yeayyyy berjaya merungkai misteri PU Rahmat.

“Betul lah Daler Yusuf! Tadi dah nampak dekat Insta Story dia,” komen beberapa netizen.

Daler atau nama sebenarnya Daler Yusuf Khamrokulov Muhammad, sememangnya kini sedang dalam penggambaran drama tersebut bersama pelakon Eyka Farhana.

Pemuda yang berasal dari Uzbekistan ini memegang watak sebagai Dr. Luqman Harith yang juga teraju utama bagi drama tersebut.

Malah, ada juga berpendapat apa yang dilakukan Daler ini wajar dicontohi kerana dalam kesibukannya bekerja, perkara sunat tidak dilupakannya.

“Semoga industri seni Malaysia disenikan lagi dgn artis seperti ini. Amin,” tulis pemilik akaun bernama wafi_cazorla.

 

Biodata Penuh Daler Yusuf
  • Nama Lengkap: Daler Yusuf Bin Muhammad
  • Nama Panggilan: Daler Yusuf
  • Umur: 25 (2017)
  • Keturunan: Bred Uzbeskistan dan Melayu
  • Agama: Islam
  • Karier: Aktor dan Model
  • Tinggi: 180 cm
  • Adik-Beradik: Sherzod Yusuf
  • Pendidikan: Mahasiswa Jurusan Business Management di Westminster International College
  • Drama: MAID, Tuan Anas Mikael, Mr Suami Mat Salih Celup (2017)
  • Telemovie: Sebenarnya Omputih Itu Isteri Aku
  • Film: Kastil Tua
  • Facebook: https://www.facebook.com/DalerYusuf1/
  • Twitter: https://twitter.com/daler_yusuf
  • Instagram: @daleryusuf
Fakta Menarik Tentang Daler Yusuf
  • Memulai karier modeling sejak berusia 19 tahun.
  • Pernah menjadi model dalam iklan komersial seperti BlackBerry, Samsung, Maxis, Baskin-Robbins, DIGI, Burger King dan banyak lagi.
  • Kemampuan berbicara dalam berbagai bahasa seperti bahasa Uzbekistan, Persia, Rusia, Inggris, Turki, Tajik, serta bahasa Melayu.
  • Memiliki banyak pengikut di Instagram yaitu lebih dari 400 ribu!

mStar Online, Mynewshub,Azhan.co

Reply