3 comments

Ditahan Berperangai ‘Tak Sopan’, Ini CERITA SEBENAR Kenapa Wanita Itu Cium Pipi Sultan Johor

Seorang gadis berusia 28 tahun terpaksa ditahan polis gara-gara berperangai ‘tak sopan’ kerana mencium pipi Sultan Johor ketika program Kembara Mahkota Johor 2017.

Kejadian yang tak disangka-sangka itu terjadi ketika Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sedang bersalaman dengan orang ramai di hadapan Restoran Marrybrown, Jalan Medan Putra, Taman Medan Putra, Air Hitam, Isnin lalu.

Hasil maklumat, suspek merupakan pelajar cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2007.

Insiden itu bermula apabila suspek iaitu Nadiah Amirah Jamil dari Sungai Tongkang Tambak, Rengit, memeluk bahu kanan sebelum mencium pipi kanan baginda Sultan Johor pada pukul 8.45 pagi Isnin lalu.

Akibatnya tiga anggota polis kemudian bertindak menahan gadis berusia 28 tahun itu namun dia enggan memberikan kerjasama dan berlaku sedikit pergelutan mengakibatkan kecederaan kecil di bahagian bibir suspek.

Gadis itu turut buat bising malah mewujudkan suasana tegang dengan menjerit-jerit semasa majlis berlangsung. Kes tersebut kini disiasat mengikut Seksyen 186/509 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil.

Berdasarkan daripada siasatan awal pihak polis, Nadiah tidak mempunyai sebarang senjata berbahaya bahkan semakan ke atas latar belakang dirinya juga mendapati dia tidak pernah memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

Bagaimanapun siasatan lanjut mendapati bahawa dia pernah mengalami gangguan emosi sejak tahun 2007 kerana gagal mendapat keputusan 19A dalam peperiksaan SPM lalu, sebaliknya hanya mampu memperoleh 18A 1B.

Suspek juga pernah mendapat rawatan di Pusat Perubatan Islam Darul Syifa’ Johor pada September 2011 dan seorang ustaz yang merawatnya menyatakan bahawa Nadiah juga berkemungkinan mengalami gangguan sihir.

Rakaman percakapan keluarga telah diambil oleh pihak polis dan mereka turut menyatakan Nadiah ada masalah gangguan emosi hingga pernah menyatakan hasrat mahu mengahwini Tunku Panglima Johor, Tunku Abdul Rahman.

Kes yang kini tular menerusi media sosial dirujuk sebagai berkelakuan kurang sopan terhadap Sultan Johor dan siasatan terperinci masih lagi dijalankan pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat.

3 Comments

  1. dani

Reply