no comments

MENGEJUTKAN! Pelajar Tahfiz Yang Terselamat Tidak Pulang, Disembunyi Di Tempat Rahsia

Kesemua pelajar Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang terselamat dari tragedi kebakaran Khamis lalu ditempatkan di satu lokasi rahsia.

Pengetua Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah, Muhammad Zahid Mahmod, berkata mangsa terselamat tidak dibenarkan pulang ke rumah masing-masing sebaliknya mereka diberi arahan untuk tinggal di satu lokasi rahsia buat sementara waktu.

Katanya, langkah itu bagi melindungi mangsa diganggu dan didekati pihak tertentu.

Namun, ketika ditanya media di mana lokasi itu dan berapa jumlah mangsa terselamat, beliau hanya menjawab “ia rahsia“.

“Kesemua mereka kini turut ‘dijaga’ oleh tentera dan polis. Hanya ahli keluarga sahaja yang dibenarkan membuat lawatan dan mengunjungi mereka. Pihak-pihak lain yang tiada kaitan tidak dibenarkan.”

Perkara itu dilakukan bagi memastikan kesemua pelajar berkenaan, tidak ‘didekati’ bagi memastikan mereka dapat melupakan buat seketika tragedi yang menimpa.

“Saya telah diberi arahan daripada Ketua Polis Negara dan pihak autoriti lain supaya tidak mengulas lanjut berhubung insiden kebakaran ini,” katanya ketika ditemui di perkarangan Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, hari ini.

Muhammad Zahid juga menafikan bahawa ada pihak yang memusuhi pihaknya sehingga menjadi ancaman kepada pusat tahfiz berkenaan.

Katanya, sepanjang 16 tahun pusat tahfiz itu dibuka, tidak pernah sekali pun berlaku insiden yang pelik.

“Tragedi kebakaran ini sesuatu yang berlaku tiba-tiba dan mengejutkan. Saya tak boleh ulas lanjut,” katanya.

BHarian Online

Reply