no comments

TERKINI: Tɛmbakan Gɛngster Punya Pasal, Pelajar Sekolah Turut Jadi M4ngsa…

Tiga pelajar Sekolah Menengah Telok Datuk, Banting mengalami kecɛderaan dalam kejadian tɛmbakan yang didakwa dilɛpaskan oleh anggota kumpulan gangstɛr.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku sebentar tadi di hadapan sekolah berkenaan.

Memuat naik beberapa keping gambar di media sosial menunjukkan situasi di hadapan sekolah berkenaan berserta gambar pelajar perempuan terbabit yang terbaring sambil diriba seorang wanita. – petik laporan Malaysia Gazettle.

Dalam kejadian yang sama seorang lelaki turut cedera parah dengan kesan tembakan di beberapa bahagian badan dalam kemalangan di hadapan Sekolah Menengah Telok Datok,  tengah hari tadi.

Sumber berkata, kemalangan membabitkan sebuah BMW dan sebuah Proton Wira.

“Pemandu BMW dijumpai tersepit dalam kenderaan dengan empat das tɛmbakan di bahagian dada, tangan dan kaki.

Mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor dan diserahkan kepada pasukan perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Turut mengalami kecederaan adalah dua individu yang menaiki sebuah lagi kenderaan serta dua lagi pelajar sekolah.”

Bagaimanapun maklumat lanjut berhubung kejadian masih belum diperolehi setakat ini.

UPDATE: Ringkasan daripada kenyataan media Ketua Jabatan Siasatan Jɛnayah (JSJ) Selangor, Datuk Fadzil Ahmat.

– P0lis sahkan berlaku kejadian tɛmbak di hadapan sebuah sekolah menengah di Banting.

– Dua lelaki menaiki kenderaan jenis BMW cedera ditɛmbak dua suspɛk bermotosikal.

– M@ngsa yang cedera terkena tembakan itu adalah seorang pengawal peribadi dan majikannya.

-Difahamkan, suspɛk mengekori kereta berkenaan seterusnya melepaskan tɛmbakan dan siasatan awal mendapati kedua-dua m@ngsa terkena beberapa d@s tɛmbakan di dada dan beberapa bahagian badan.

– Tiga pelajar cedera dan beberapa kenderaan rosak akibat dirɛmpuh kenderaan m@ngsa ketika cuba melarikan diri.

-Setakat ini, tiga pelajar mengalami kecɛderaan pada bahagian kaki dan leher dan ketiga-tiga m@ngsa masih dirawat di hospital untuk mengenalpasti kecɛderaan lanjut. Dua lelaki yang cedera terkena tembakan itu juga dikejarkan ke Hospital Banting dan masih dalam rawatan kecemasan.

– Suspɛk sedang dikenalpasi, motif dipercayai pɛrg@duhan antara dua kumpulan.

Reply