no comments

Disangka Cium, Rupanya TIDAK! Sultan Johor Tampil Dedah Cerita Sebenar Bersama Video Bukti

Susulan insiden dakwaan ‘bekas pelajar cemerlang cium pipi Sultan Johor‘, baginda Sultan Ibrahim tampil menafikannya dan menceritakan hal yang sebenarnya dalam satu video ini.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menitahkan orang ramai agar tidak menganggu wanita yang didakwa memeluk dan mencium baginda ketika siri jelajah Kembara Mahkota Johor di Bandar Baru Ayer Hitam pada Isnin lalu.

Dalam satu status berserta video kejadian yang di muat naik di laman rasmi Sultan Johor, Tuanku Sultan Ibrahim menegaskan wanita itu tidak mencium baginda dan perkara ini jelas seperti dalam rakaman.

Beliau cuba berkata sesuatu di telinga kiri saya tetapi saya tidak dapat mendengar kerana keadaan persekitaran yang bising,” titah Tuanku Sultan kepada Royal Press Office di Istana Pasir Pelangi, Johor Bahru pada semalam (14 September).

 

Sultan Ibrahim bertitah wanita itu tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah dan meminta polis supaya lebih bijaksana dalam mengendalikan kes ini.

Kejadian pada jam 8.45 pagi itu dipercayai berlaku di hadapan sebuah restoran makanan segera ketika Sultan Ibrahim berangkat tiba di Taman Medan Putra, Ayer Hitam sempena program Kembara Mahkota Johor 2017.

Wanita itu didakwa memeluk bahu kanan dan cuba mencium pipi kiri Tuanku Sultan, selain turut membuat bising malah mewujudkan suasana tegang dengan menjerit-jerit semasa majlis berlangsung, sebelum ditahan pihak polis untuk diambil keterangan berhubung tindakannya dan siasatan masih dijalankan.

Kinitv

Reply