PATUTLAH RAMAI YANG MINUM AIR COCA-COLA… INILAH SEBABNYA…!!!
PATUTLAH RAMAI YANG MINUM AIR COCA-COLA.. INILAH SEBABNYA…!!!
Biarpun acapkali Coca-Cola dikatakan tidak baik dan berbahaya untuk kesihatan, Namun, masih ramai lagi yang seronok menikmatinya sambil buat-buat tak sedar akan kesan negatifnya. Ramai yang terus menyokong dan terus menyokong! produk buatan Yahudi ini..
Promosi minuman Coke ini juga tidak kurang hebatnya. Terbaru, nama sesiapa saja boleh tertera pada tin minuman itu. Pelbagai idea dan cara dilakukan untuk air Coca-Cola terus dihati orang ramai.
SEDARLAH! Coca-Cola hanya membinasakan anda semua..
Lihat! Apa Yang Berlaku Sekiranya Kita Minum 10 Coke Setiap Hari Selama Sebulan.
Lelaki ini telah membuktikannya menerusi eksperimen selama 30 hari mengambil minuman Coke. Dia kini memasuki fasa awal penyakit kencing manis. Eksperimen ini berjaya mendedahkan satu lagi kesan negatif ketagihan air Coke kepada seseorang.
Antara impak buruk lain yang dilakukan oleh Coca-Cola terhadap tubuh badan si peminumnya adalah:
1. Kerosakkan Gigi
Rongga di celah gigi berlaku apabila kita mengambil terlalu banyak makanan dan minuman bergula dan berasid. Coke mengandungi kedua-duanya dan runtuhan enamel .
2. Risiko Penyakit Diabetes
Masalah yang lebih teruk akan berlaku sekiranya meminum air coke selepas makan. Ia hanya mengambil masa 20 minit untuk meningkatkan gula dalam darah. Ia juga amat sukar untuk merawat kencing manis . Melalui ujian tadi, sudah terbukti kandungan gula dalam air berkarbonat seperti Coke amatlah tinggi dan memberi kesan besar terhadap berat badan anda.
3. Kadar Metabolisme Tidak Lancar
Soda manis di dalam air Coke akan melambatkan kadar metabolisme anda dan badan anda tidak membakar lemak dengan lancar.
4. Menjejaskan Organ Dalaman
Aspartam masih di peringkat kajian namun dikhabarkan mampu menjejaskan organ-organ dalaman manusia terutamanya perut dan usus. Ia diketahui menyebabkan pelbagai penyakit.
5. Menjejaskan Tahap Kesuburan
Pengambilan Coke juga membawa kesan negatif ke atas sistem pembiakan anda. Bahan kimia yang mengandungi dalam minuman bergas boleh membawa kepada kecacatan pada organ-organ anda yang terbabit dengan sistem pertumbuhan dan pembiakan.
Sebenarnya minuman air Coke aka Coca-Cola ini langsung ‘tidak layak’ untuk diminum, sebaliknya mempunyai kegunaan lain. Anda di rumah boleh cuba kajian ini…
1. Masukkan tulang ke dalam satu mangkuk yang diisi dengan setin air Coke, tulang tersebut akan hancur atau hilang sama sekali dalam masa hanya 2 hari. Elok untuk mereka-mereka yang berniaga sup tulang! Mudah untuk lupuskan sampah ‘tulang-belulang’ mereka.
2. Coke juga boleh digunakan untuk mencuci tandas:
Caranya, curahkan setin air Coke ke dalam mangkuk tandas dan biarkan selama 1 jam. Kemudian ‘flush’. Kesan kotoran/hampas akan hilang dari tindakan kandungan ‘citric asid’ yang berada di dalam Coke. Satu bahan gantian untuk mencuci kalau kehabisan sabun di rumah! Agaknya buat sabun badan boleh tak?
3. Selain itu, Coca-Cola juga boleh menghilangkan kesan karat pada bumper kereta jenis chrome. Caranya, lap bumper kereta tadi dengan aluminium foil yang dicelup dengan Coke. Kesannya karat hilang dengan mudah!
4. Untuk menghilangkan kesan ‘corrosion’ atau hakisan pada skru/nat bateri kereta. Caranya, tuangkan setin Coke pada sekitar skru/nat tadi. Pasti kesan hakisan tersebut hilang setelah beberapa minit.
5. Untuk melonggarkan skru yang berkarat dan ketat. Sekali lagi tuangkan setin Coke pada skru, skru tersebut pasti longgar dan boleh dibuka.
6. Untuk menghilangkan kesan minyak/lekit pada pakaian. Tambahkan setin Coke dalam mesin basuh bersama sabun pencuci kemudian basuh seperti biasa. Kesan minyak tu pasti hilang. Kemudian bolehlah minum air basuhan tadi yang pasti akan berperisa coke. Peringatan, jika berlaku kerosakan ketara pada pakaian anda, jangan salahkan kami.
7. Cermin kereta anda berdebu/kotor/melekit? Celup tuala/kain buruk dengan Coke kemudian lap keseluruhan cermin. Pasti bersih. Tidak perlu guna tin sembur cuci cermin atau hantar ke ‘car wash’, cara ini lebih mudah dan efektif. Peringatan, jangan campurkan bahan asid yang lain dengan air Coke jika ingin melakukan eksperimen ini, dikhuatiri cermin kereta anda pecah.
8. Bahan aktif Coke adalah ‘phosphoric asid’. Ia mempunyai pH 2.8. Ia boleh meleburkan sebatang paku dalam masa 4 hari. Cubalah! Kemudian setelah 4 hari, cuba gantikan paku tersebut dengan jari anda. Agaknya apa akan jadi?
Asid tersebut juga menghakis kekuatan tulang belakang dan tulang lain dalam badan yang merupakan punca utama kearah penyakit osteoporosis, sakit tulang belakang, sakit pinggang dan lain-lain.
Para pengedar minuman Coke telah menggunakan cara seperti diatas untuk mencuci bahagian enjin lori/trak mereka sejak 20 tahun yang lalu. Wahh… Buat overhaul percuma nampaknya!
9. Bagi setin air Coke, kandungan gulanya adalah sebanyak 18 sudu teh. Cuba bancuh kopi/teh dengan 18 sudu gula di rumah kemudian minum, mesti termuntah. Tapi cuba tambahkan citric asid, mesti muka tersenyum. Tambah pula dengan ais! Wahh!
Rasa seperti minum Coke berperisa kopi. Asid tersebut akan bertindak terhadap lidah untuk memberi signal kepada otak bahawa air yang diminum tidak berapa manis. Lidah dengan otak pun kena tipu.
10. Di India, para peladang menggunakan air Coke sebagai semburan untuk membunuh serangga perosak dalam ladang kapas dan cili mereka. Jadi racun serangga pula air Coke ni.
Siapa ada tanam pokok cili di rumah tu, semburlah Coke untuk bunuh serangga. Manalah tahu, cili tu bertukar rasa menjadi rasa Coke? Siapa sangka? Cubalah!
Coke pada asalnya membawa maksud dadah, merujuk kepada dadah jenis kokain (cocaine). Asal minuman Coke adalah dicipta untuk menghilangkan rasa letih dan mengkhayalkan para pekerja buruh. Antara isi kandungannya adalah ekstrak dari daun coca (cocaine) dan kacang Cola. Dari sinilah terbitnya perkataan Coca Cola dan menjadi jenama minuman memudharatkan no 1 dunia! Pembunuh dalam diam!
Cuba anda bayangkan bagaimana jika air coke masuk ke dalam perut anda.. Lihat video dibawah!