Patutlah Orang Kaya Mula Jual Rumah Besar. Ini Sebabnya
Siapa yang tidak mahu impikan sebuah mahligai indah, pastinya ia menjadi cita-cita semua orang, khususnya untuk mereka yang belum mencapainya lagi. Kebanyakan dalam kalangan kita memberikan maksud kekayaan itu dengan mempunyai kereta mewah, rumah yang besar dan duit yang banyak.
Itulah kemewahan yang dilihat dari sudut luaran, namun hakikatnya, orang yang sudah memilikinya sahaja tahu adakah kekayaan zahir itu betul-betul memberikan kebahagian kepada kita atau sebaliknya.
Baru-baru ini, satu perkongsian di media sosial telah mendapat respon yang ramai dari netizen , pemilik facebook yang bernama Anne Soon ini berkongsi tentang sebuah rumah mewah yang sedang dalam proses untuk dijual.
Ramai yang menganggap rumah besar itu dijual disebabkan pemiliknya mengalami masalah kewangan dan terpaksa menjual rumah tersebut. Namun perkongsian sis Anne mendedahkan sisi sebenar kenapa rumah itu dijual.
Berikut adalah tangkap layar perkongsian beliau di facebook
Dulu sis pon pelik. Ingat ada masalah kewangan, tu yang nak jual. Tapi sebenarnya tak semua nak jual rumah sebab ada masalah kewangan. Ada banyak je faktor lain
Salah satunya sebab SUNYI. Ye sunyi..
Dulu, tiap kali berkunjung kat rumah orang kaya kaya yang nak jual rumah,
Dalam hati sis berkata kata, apa lagi orang ni nak, rumah dah sebesar alam, ruang tamu je dah sebesar padang bola, puas la kalau anak anak berguling guling
Selesa sungguh!
Lagi pula siap kolam renang jacuzzi bagai, tak perlu pergi bercuti, kat rumah dah ada semua. Kalau kata birthday anak atau ada majlis, boleh jemput jiran setaman la orang kata punya la luas rumah nya. Bertingkat tingkat.
Laman belakang rumah atau depan rumah, kalau kata malam malam bosan, nak barbeque, nak panggil kawan bermain music , argh! Complete ! Semua nyaaa adaaa
Bab dapur tak payah cerita la, dapur basah dapur kering, wajib ada. Keluasan? Gambarannya kalah tempat masak chef
Bilik tidur, bilik air, berbilik bilik. Tak berebut bilik air la orang kata kalau nak tercirit ke apa. .
Seronok kan?
Tapi, itu kata kita yang belum “duduk” di tempat mereka.
Rupa rupa nya , bila dah meniti usia tua,
“Kemasyuran, kekayaan” semua nya bukan jadi keutamaan lagi dah…
Keluhan mereka biasanya mesti macam ni,
Kalau la masa boleh diputar kembali, tak nak la kami rumah besar besar ni Anne, penat!
Aku yang dengar ni, aik! Kenapa pulak. Tak bersyukur ke depa ni?
Sebenarnya, masa muda, kami dulu buat “silap”, punya la nak bagi anak-anak selesa, beli rumah besar besar. Bilik kalau boleh satu anak satu bilik.
Usia muda kami tak enjoy sangat, kami bekerja keras untuk kumpul kekayaan. Sampai beli rumah besar besar semua untuk anak anak sekali
Tapi kami lupa, bila dah besar, anak anak dah ada kehidupan masing masing
Tak mahu nya lagi mereka nak hidup dengan ibu ayah. Rumah yang dibeli kebanyakan tiada penghuni
Rumah bertingkat tingkat, satu bilik je yang kami guna. Dah tua tua, penat nak turun naik tangga. Sudah nya bilik bibik jer la yang paling selesa.
Dekat dengan dapur, nak makan minum pon senang
Kereta pon kami dah banyak jual. Tinggal yang asas je untuk keperluan harian. Bersusun susun kereta siapa lagi nak drive?
Nak ke mana sangat di usia tua? Tak larat dah nak memandu sendiri.
Jadi bertambah “lapang” la depan rumah.
Sekarang kami nak simple simple je hidup, sederhana. Ada masa boleh jalan, boleh menikmati hidup seadanya tanpa perlu memikirkan banyak perkara. Nak balik tinggal di rumah kami yang lagi “kecil”. Yang sesuai dengan kehidupan berdua.
Lama dah rumah tu “kosong”. Nak menikmati hidup di kampung pula.
Ish! Panjangkan keluhan mereka?
Aku yang tadi elok2 nak jadi sekaya kaya nya dah berubah fikiran. Patut la orang selalu pesan kita kena bersederhana dalam setiap perkara kan?
Tak dengar kata sangat kenapa Anne oi? Nak nyesal di masa tua? Patutla sis nak rumah corner lot nak ada kolam renang suami ku bantah. Disuruhnya sis booking hotel ada kolam.
Tak pulak sis mandi kolam
Sis nak beli kereta baru pon dia bantah! Guna apa yang ada. Cukup yang boleh ke sana sini saja.
Oh rupanya dia dah “tua” dulu. Baru aku faham. Selama nya ni aku cakap dia kedekut saja. Adehh! Ampunn suamiku!
Nah kalau korang nak “merasa” berada di tempat mereka, korang boleh la beli rumah ini. Ada 11 bilik semua nya. Nak parking 10 kereta depan rumah pon boleh.
Founder & jutawan bolehla beli. Semoga kita sentiasa bersederhana dalam setiap perkara.
Ni bukan kata beli rumah besar salah okey
Terpulang korang. Mampu apa salah nya. Ha gituu…
Begitulah antara perkongsian perbualan sis Anne dengan pemilik rumah tersebut, disini penulis juga ingin berkongsi kecantikan rumah yang akan dijual ini.
Rumah ini juga mempunyai kolam renang sangat cantik untuk aktiviti santai bersama keluarga. Bila melihat pada gambar ini, tentu kita terfikir sayangnya nak jual rumah secantik ini.
Siap dengan bilik muzik yang luas.
Semput sis nak tawaf satu rumah haha! Penattt. Luas sgtt. Gambar pon tak mampu nak ambil semua sudut .
Alhamdulillah. Teruje tengok bangsa kita yang dah berjaya .
Macam sis pon berjaya jugak tau. Berjaya masuk ke sini. Jadi la kan? . Ambil aura orang kata
Daripada perkongsian ini, diharapkan dapat dijadikan muhasabah buat diri kita, dimana maksud kekayaan itu sangat subjektif mengikut setiap orang. Apa yang paling penting, kita inginkan kebahagiaan dalam kehidupan, semuanya tiada makna jika kita merasa sunyi ,maka hidup bersederhana adalah lebih baik, tenang dan gembira.