Jika anda mengikuti rancangan realiti Raja Lawak yang ditayangkan di Astro beberapa tahun lepas mungkin anda mengenali kumpulan Raja Lawak yang cukup terkenal iaitu Sepah.
Dianggotai oleh 3 orang watak utama iaitu Jep (Mohd Nazri Zainal Abidin), Shuib (Shahmira Muhammad) dan Mamat (Mohd Noor Murad).
Pada 24 Mei 2011, Sepah berjaya menawan hati penonton dan juri kerana menerapkan unsur agama dan realiti permasalahan kehidupan masyarakat Melayu . Pasangan suami isteri yang bergaduh sakan berjaya dilawakkan . Penampilan penyanyi Dafi mencetuskan suasana kejutan dan girang di hati penonton.
Begitu juga dengan sketsa dua pencuri yang mencuri rumah seorang ustazah berjaya ‘ditawan’ oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood hos rancangan Semanis Kurma.
Persembahan mereka di Stadium Malawati, Shah Alam cukup selamba, bersahaja dan dialog yang diucapkan cukup menggelikan hati penonton. Tiga juri tetap iaitu Mamat Khalid, Ahmad Idham dan Saiful Apek yang mewakili 50 peratus cukup yakin memilih mereka sebagai Maharaja Lawak.
Mereka berkongsi hadiah lumayan RM350,000 berserta trofi sumbangan Astro. Naib johan pula ialah kumpulan Jozan yang dianggotai oleh Johan dan Zizan Razak yang membawa pulang RM250,000 beserta trofi. Nabil menduduki tempat ketiga dan membawa pulang hadiah RM150,000 berserta trofi.
Kumpulan Jambu yang dianggotai oleh Yus dan Tauke menduduki tempat ke-4 dan membawa hadiah wang tunai RM50,000 berserta trofi.
Kumpulan Sepah Dibubarkan
Namun, kumpulan Sepah yang dianggotai oleh Jep, Mamat dan Shuib tidak kekal lama apabila dibubarkan kerana Mamat membuat keputusan untuk berundur.
Dari kumpulan Sepah akhirnya ditukar kepada kumpulan Sepahtu yang dianggotai oleh Jep, Shuib dan dua lagi anggota lain.

Mamat Jadi Orang Yang Berhati-hati
Bekas pelawak, Mamat Sepah, 33, enggan mengulangi kesilapan silam apabila sering terjerat dengan kontr0versi tidak berkesudahan suatu ketika dulu. Menurutnya, kontr0versi pembubaran kumpulan Sepah, kira-kira tujuh tahun lalu, selain cerita p@nas dikaitkan dengan beberapa wanita cukup mematangkan dirinya.
“Disebabkan kontr0versi, saya menjadi orang yang sangat berhati-hati. Saya turut belajar menghormati orang lain dan menghargai masa bersama kawan baik.
“Saya bukan lagi Mamat Sepah yang dulu,” katanya ketika ditemui selepas sidang akhbar Karnival Spark Gathering & Jungle-Town di The Garage KL, di sini.
Karnival berkenaan dianjurkan Kelab Sinar Permotoran Amatur Kebangsaan iaitu Spark Malaysian Club dengan kerjasama Majlis Daerah Grik dan Persatuan Anak Gerik Di Perantauan. Acara itu akan diadakan selama dua hari bermula 29 Disember depan di Lapangan Terbang Gerik, Perak.

Kurang Berminat Untuk Berlakon
Mamat atau nama sebenarnya Mohd Noor Murad, juga berkata dia tidak merajuk seperti yang didakwa apabila jarang muncul di kaca televisyen.“Saya bukannya membawa diri. Saya tidak berlakon bukannya kerana tiada tawaran, tetapi kurang berminat terhadap bidang itu.
“Berlakon bukan dunia saya, sebaliknya jiwa saya lebih ke arah muzik. Saya hidup dengan muzik, tetapi suara pula tidak sedap,” katanya.
Namanya Mula Tenggelam dari Dunia Seni
Mamat akui dirinya sudah lama tenggelam daripada populariti dunia seni, namun selesa dengan apa yang dimiliki hari ini.

“Saya bersyukur dengan kehidupan sekarang. Sebenarnya, sudah lama saya mengusahakan syarikat atur cara, Mamat Sepah Entertainment.
“Saya mengendalikan majlis dan acara makan malam syarikat. Saya mengendalikan pelbagai majlis sejak masih bersama kumpulan Sepah lagi. Itulah juga punca rezeki apabila saya tidak berlakon,” katanya.
Apa-apa pun keputusan yang dibuat Mamat, kita sebagai peminat harus menghormati keputusan beliau itu.
Kami mendoakan supaya Mamat terus berjaya dalam bidang yang diceburi.