no comments

Patutlah Lain Suasana Rumah, Rupanya Keluarga Arwah Surya Dah Tak Duduk Sana.. Teringat & Tr4uma

Keluarga Allahyarham Siti Nur Surya masih lagi tr4uma dan tidak mampu menjejakkan kaki ke kediaman mereka di Kampung Lubuk Batu, Telemong yang menjadi lokasi pembvn0han tr4gis gadis itu, Ahad lepas.

Bapa arwah Ismail Muda, berkata, selepas kejadian ngɛri yang menimpa anak kelima daripada tujuh beradik itu, mereka sekeluarga belum mendapat kekuatan untuk pulang ke kediaman mereka dan kini tinggal buat sementara waktu di rumah datuk arwah di Kampung Beladau Selat, Kepong.

“Masih terbayang di ingatan saya keadaan kakak (Siti Nur Surya) yang berlumuran d4rah ketika ditemui di ruang tamu rumah. Itulah yang menyebabkan saya sendiri belum mampu balik ke rumah di Telemong selepas kejadian itu.

Hanya anak-anak lelaki sahaja yang berulang-alik melihat rumah dan mengambil barang keperluan seperti pakaian, namun tiada siapa yang sanggup bermalam di sana buat masa ini.

“Di samping itu, keadaan isteri saya (Zaini Musa) yang terlantar sakit akibat kansɛr otak menyebabkan saya tidak boleh tinggalkan dia dalam tempoh yang lama.

“Sebelum ini, kalau saya pergi ke mana-mana arwah kakak yang akan jaga, tapi bila dia tiada saya terpaksa menguruskan sendiri isteri dengan bantuan anak-anak yang lain,” katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.

Terdahulu, Ismail menerima kunjungan Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional negeri Hanafiah Mat dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau negeri Dr Mamad Puteh.

 

Dalam kejadian Ahad lalu, m4yat Siti Nur Surya, 19 tahun, ditemukan dengan kesan tɛtakan pada badan serta putus tangan kiri di ruang tamu rumah oleh adik perempuannya, Nor Liyana Syuhada, 15 tahun, semasa pulang dari sekolah kira-kira 2.30 petang.

Susulan kejadian itu, seorang pelajar perempuan tingkatan enam yang juga rakan sekolah arwah dirɛman tujuh hari bermula Selasa lalu bagi membolehkan p0lis menjalankan si4satan mengikut Sɛksyen 302 Kanun Kesɛksaan.

Sementara itu, abang arwah Muhammad Faris Akram berkata, meskipun sudah lima hari kejadian hitam itu berlaku, ibu mereka masih lagi tercari-cari Siti Nur Surya walaupun beberapa kali dimaklumkan arwah sudah tiada.

“Sebelum ini, arwah yang biasa menguruskan emak dan antara anak yang paling rapat dengan emak. Apabila orang lain yang mengambil alih tugas, emak akan bertanya kakak pergi ke mana? “Tetapi ketika emak ingat kakak sudah mɛninggal dunia dia akan sedih dan termenung,” katanya.

Sehingga ke hari ini, keluarga arwah masih tidak mampu menceritakan hal sebenar kepada ibunya.

Kata bapa arwah, beliau memang tidak sanggup lagi hendak menceritakan kejadian sebenar mɛnimpa anaknya kepada isteri setiap kali ditanya ke mana Allahyarham.

“Memang isteri melihat jɛnazah arwah buat kali terakhir sebelum dikebumikan tetapi disebabkan faktor kesihatannya, dia cepat lupa dan selalu bertanya di mana kakak (arwah).

“Jadi, setiap kali ditanya, saya akan beritahu kakak sudah meninggal di hospital sebab demam panas.

“Saya tidak sanggup cerita hal sebenar kerana keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan,” katanya.

Sementara itu, Hanafiah berkata, pihaknya melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan menyediakan khidmat kaunseling kepada keluarga m4ngsa dan suspɛk yang masih tr4uma dengan kejadian itu.

“Selain itu, kami akan mempertimbangkan bentuk bantuan yang bersesuaian bagi meringankan beban keluarga terutama bantuan lampin pakai buang untuk kegunaan Zaini,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga Allahyarham.

Reply