no comments

Patutla Lama Tak Keluar TV, Saharul Ridzwan Dah Berubah

Siapa je tak kenal pelak0n drama popular Saharul Ridzwan kan? Buat peminat drẫma melayu tempatan pasti sangat mengenali beliau, dengan hasil lakonannya yang tidak dinafḭkan memang baik.

Malah drama yang dibintangi pelakon ini sentiasa ‘melɛt0p’ dan menjadi bualan peminat walau digandingkan dengan mana-mana pelakon sekalipun.

Baru-baru ini, setelah lama menyepi dari dunia lakonan, Saharul Ridzwan berkata dia kini sedang berjinak-jinak dalam bidang perniẫgaan dan sedang bergiat aktif pada dunia dakwah.

Menurut Saharul atau Mohd Saharul Ridzwan Hashim, 33 tahun, sungguh pun rindu untuk beraksi di depan kamera, namun buat masa ini dia memilih untuk mendekatkan diri kepada Allah.

“Saya pun tak tahulah nak cakap, mungkin gerak hati kot buatkan saya nak berubah. Saya nak belajar solat jemaah di masjid serta belajar ikut sunnah Nabi dengan berniaga.

“Untuk kembali berlakon, saya okay sekiranya ia tidak melanggar batas. Bukan itu saja, kena juga ambil kira proses itu seperti macam mana nak jaga pandangan mata.

“Selain itu bolehkah kita solat tepat pada waktu? Tapi ini adalah kelemahan saya, bukan salah sesiapa,” katanya kepada mStar.

Untuk makluman, Saharul Ridzwan dan isteri, Deena Emir mendirikan rumah tangga pada 16 September 2016. Pasangan ini dikurniakan dua cahaya mata iaitu Muhammad Luth Ali, 3, dan Fateema Azzahra yang kini berusia dua bulan.

“Bagi saya turning point saya tepat pada waktunya tepat pada masanya dan kalau nak cakap sebab (hijrah) saya pun tak tahu..

“Mungkin asbab doa ibu dan ayah… mungkin asbab doa isteri, keluarga saya ataupun mungkin asbab jemaah-jemaah yang pernah saya jumpa.

“Jadi saya percaya baliknya kita pada fitrah ini atas kuasa doa orang lain dan juga takdir Allah,” katanya.

Bercerita lanjut, dia juga bukanlah orang yang baik namun bersyukur tidak pernah melakukan bẫbak keterlaluan sepanjang 10 tahun bergelar pelakon.

“Apabila kita sudah berubah, ada masa terdetik dalam hati untuk menghakimi orang lain apabila melihat seseorang itu buat salah.

“Tetapi melihat kembali drama yang pernah saya lakonkan sebelum ini ia bagaikan satu peringatan bahawa dahulu juga saya bukanlah seorang yang baik.

“Saya juga bersyukur kerana dalam tempoh berlakon dahulu tidak pernah ada babak keterlaluan, cuma ada sedikit berpɛgangan tangan dengan wanita.

“Allah masih menjaga aib saya. Namun takut juga secara tiba-tiba Allah buka semua kisah yang boleh menjatuhkan aib,” katanya.

p/s- Demikianlah, pada akhirnya keredaan Allah SWT juga dicari. Penghijrahan hidup ini penuh dengan ujian, namun percayalah jika terus istiqamah dan yakin pada Allah segala urusan pasti dipermudahkan.

Reply