no comments

Patutkah Beri Mahathir Peluang Untuk Selamatkan Malaysia?

Patutkah Beri Mahathir Peluang Untuk Selamatkan Malaysia?

Seorang veteran perkhidmatan luar Malaysia iaitu Dennis Ignatius baru-baru ini menulis satu artikel di mana beliau berkata, “Mahathir mungkin bukan calon yang sesuai untuk menerajui gerakan untuk perubahan tetapi, suka atau tidak, beliau kini adalah satu-satunya pemimpin dengan pengalaman, kedudukan, dan ketokohan untuk mencabar Umno-BN.”

“Negara kita merosot dengan cepat, dan demokrasi sedang mati” kata Dennis.

Menjadi persoalan, haruskah memberi peluang kepada bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad?

Setiap kali Mahathir mencabar Perdana Menteri Najib Razak, tidak kurang yang mendakwa bahawa bekas perdana menteri itu yang menumbangkan institusi politik Malaysia, yang Najib kini gunakan untuk manfaatnya.

Tidak kurang juga yang mendakwa gejala rasuah dan kronisme yang berlaku semasa era Mahathir.

Suatu ketika dahulu, mereka berpuas hati mencuri jutaan. Kemudian ia menjadi puluhan juta. Sekarang, di bawah Najib, berbilion-bilion yang hilang.

Suatu ketika dahulu, Siti Hasmah dihormati; hari ini Rosmah akan dihina.

Mahathir menghabiskan kehidupan politiknya menghentam Amerika, dan tidak ada ‘kasih sayang’ antara kami semasa saya menjadi duta.

Sekarang Najib telah memusnahkan segala-galanya pencapaian Mahathir.

OHN MALOTT adalah bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia. Artikel ini pertama kali dimuatkan di blog Din Merican.

Sumber Asal: Malaysiakini

Reply