Patotlah Mat Over Beria-Ria Tampar David Teo, Rupa-Rupanya….. (Tengok Gambar)
Patotlah Mat Over Beria-Ria Tampar David Teo, Rupa-Rupanya….. (Tengok Gambar)
Tular sejak semalam, pengarah, David Teo ditampar oleh Mat Over ketika live bersama Perdana Menteri dalam sesi bersama selebriti dalam majlis Transformasi Nasional (TN50).
Lebih memalukan, tindakan kasar pelakon veteran itu dilakukan betul-betul di hadapan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekaligus menimbulkan suasana riuh rendah seketika.
Insiden bermula apabila David menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap Rosyam yang tidak memandang ke arah tempat duduknya, sebaliknya memberi fokus kepada penonton di barisan hadapan.
David menyifatkan tindakan Rosyam tidak adil kerana tidak memberi laluan kepada mereka di barisan belakang untuk bertanya soalan dan menyuarakan pandangan.
Dalam kekecohan mempertahankan pendapat masing-masing, Mat Over secara tiba-tiba meluru ke depan pentas lalu terus menampar muka penerbit itu.
Patotlah Mat Over Beria-Ria Tampar David Teo, Rupa-Rupanya….. (Tengok Gambar di bawah)
Mat Over atau nama sebenarnya Sulaiman Yassin yang merupakan penyokong kuat Barisan Nasional (UMNO) dibawah kepimpinan PM Najib Razak.
Anak jati kelahiran Terengganu ini bagaimanapun, mengakui tidak kesal dengan tindakkannya menampar muka David Teo.
Katanya, “Apa yang saya buat semalam saya fikir dahulu,dan lagi satu ketika itu saya masih waras, cuma perilaku yang saya buat itu untuk mengingati dia (David) supaya tidak berkelakuan kurang ajar di hadapan PM.”
“Kita dipanggil oleh PM untuk berbicara bersama-sama, sekurang-kurangnya kita kena beri pengajaran kepada dia (David) itu sahaja, agar dia tidak kurang ajar depan Tuan Rumah (PM), kita selama ini telah diajar untuk beradab dan sopan santun sesama kita.”
Namun, pada penghujung majlis, kedua mereka dilihat bersalaman di hadapan Datuk Seri Najib.
Lihat VIDEO BERKAITAN – VIDEO MAT OVER TAMPAR DAVID TEO DEPAN NAJIB
KRONOLOGI KEJADIAN (Dialog)
David Teo pada mulanya menyatakan tidak puas hati terhadap cara pengendalian pengarah dan pelakon Datuk Rosyam Nor sebagai pengacara majlis itu.
“Ini (pentas) Datuk Seri bulat. Datuk Rosyam Noor kena adil saksama.
“Semua dia kena bagi tengok mata dia, jangan tengok depan sahaja,” katanya.
Rosyam Nor yang bertindak sebagai pengerusi majlis kemudian meminta Teo menjaga tingkah laku dan menggunakan peluang bercakap untuk mengemukakan pandangan.
Mereka kemudian saling jawab menjawab antara satu sama lain.
Rosyam: You jangan komen bagaimana I ini…. I bagi you satu minit untuk bagi idea.
Teo: Biar kita cakap terus terang.
Rosyam: You di depan perdana menteri. Kamu kena behave (jaga kelakuan). Faham?
Teo: Tadi cakap tak payah serius.
Rosyam: Tadi Datuk Seri cakap tak payah serius kan?
Najib: Tak apa, tak apa.
Teo: OK saya mulakan Datuk Seri. Orang kata sekali itu ombak sampai ke pantai, selalu pantai itu…
Belum habis beliau bercakap, seseorang mirip pelakon komedi popular Mat Over berjalan sambil menuding jari ke arah Teo dan memarahinya.
Pelakon komedi itu kemudian kelihatan menampar Teo tetapi tidak kena kerana ditahan oleh Teo. Teo juga kelihatan menendang kembali ke arah Mat Over tetapi turut tersasar.
Najib selepas itu memainkan peranan mendamaikan mereka dengan meminta kedua-dua pihak bersalaman.
Insiden itu disiarkan secara langsung di Facebook Najib tetapi tidak diulang siar.
Selepas ketegangan itu, Rosyam kedengaran berkata “dia itu memang kurang ajar daripada dulu” kepada Najib. Rosyam juga meminta maaf atas apa yang berlaku.
“Relaks, ini masalahnya. Saya sebagai moderator rasa malulah. Yang amat berhormat perdana menteri jemput datang ke rumah nak dengar persoalan.
“Dan kalau saya nak layan satu dewan ini mungkin jadi masalah Datuk Seri.
“Jadi saya bagi pihak penggiat industri seni memohon maaf sangat-sangat, mungkin Datuk Seri kita boleh carry on,” katanya.
Najib yang kelihatan tenang kemudian menjawab: OK, carry on.
~ TAMAT ~