no comments

Parah! Penyanyi Pengkid Lagu Bernanah Telinga Kantoi Mengorat Che Ta!

Parah! Penyanyi Pengkid Lagu Bernanah Telinga Kantoi Mengorat Che Ta!

Mengamuk teruk Che Ta apabila memuat naik gambar seorang perempuan berperwatakan lelaki (pengkid) yang didakwa telah menganggu isteri orang.

Menurut Che Ta, dia terpaksa mengambil tindakan memuat naik gambar perempuan itu di akaun Instagramnya kerana perempuan itu degil, biarpun telah dipujuk dan dimarah.

“Allah dah bagi kau jadi pompuan nak jadi jantan! Dah jadi jantan, kacau bini orang! Kau nak jadi apa sebenaqnya? Jadi syaiton ka? Dok bersayang- sayang dengan bini orang, muntah la dik! Bulan posa ni muhasabah diri!”

“Nak jadi apa pun tak kisah la, jangan kacau hidup orang lain! Ini sebenarnya jalan terakhir yang saya terpaksa ambik diatas kedegilan kau! Pujuk tak makan saman, marah pun kau tak heran, ini ja makan kau bila aku terpaksa up gambaq ala-ala jantan kau dik,” tulisnya di akaun Instagram.

Pengkid ini sebenarnya seorang penyanyi yang baru meningkat naik yang mana lagunya dikecam teruk kerana membuatkan pendengarnya bernanah telinga. Kalau tengok pada ruangan komen Che Ta sekarang memang riuh rendah isu itu diperkatakan.

Apa-apa pun kalau betul Che Ta diganggu oleh individu kekeliruan jantina itu, baik block sahaja dia dari terus dikacau. Seram juga kalau asyik menerima mesej sayang-sayang dari individu sebegini.

Rotikaya

Reply