no comments

Pangkat-Pangkat PDRM Yang Perlu Diketahui

Pangkat-Pangkat PDRM Yang Perlu Diketahui.jpg

Polis Diraja Malaysia mempunyai 16 peringkat pangkat dan terbahagi kepada 2 kategori, iaitu kumpulan Pegawai Kanan Polis bermula dari pangkat Inspektor sehingga Inspektor Jeneral Polis, dan kumpulan Pegawai Rendah Polis dan Konstabel.

Berdasarkan dari portal rasmi Polis Diraja Malaysia, kumpulan Pegawai Kanan Polis terbahagi kepada 2 dimana pegawai berpangkat Asisten Superintendan Polis ke atas diklasifikasikan sebagai Pegawai Polis Diwartakan manakala Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan Inspektor pula dikenali sebagai Pegawai Polis Tidak Diwartakan. Selain itu, Pegawai Kanan Polis juga boleh dikategorikan kepada 3 kumpulan utama, iaitu Kumpulan Komisioner (ACP – IGP), Kumpulan Superintendan (ASP – SUPT) dan Kumpulan Inspektor (INSP).

Peringkat Pegawai Rendah Polis dan Konstabel pula bermula dari pangkat Konstabel sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor. Pangkat Korperal sehinggalah ke pangkat Sub-Inspektor juga dikenali sebagai Pegawai Subordinat.

Berikut adalah senarai pangkat-pangkat yang terdapat dalam PDRM:

Pegawai Kanan Polis

Inspektor General Polis (IG)
Deputi Inspektor General Polis (DIG)
Komissioner Polis (CP)
Senior Deputi Komisioner Polis (S/DCP)
Deputi Komisioner Polis (DCP)
Senior Asisten Komisioner Polis (SAC)
Asisten Komisioner Polis (ACP)
Superintendan Polis (SUPT.)
Deputi Superintendan Polis (DSP)
Asistan Superintendan Polis (ASP)
Inspektor (INSP)
Inspektor Percubaan (P/I)

 

Pegawai Rendah Polis

Sub-Inspektor (SI)
Sarjan Mejar (SM)
Sarjan (SJN)
Koperal (KPL)
Lans Koperal (L/KPL)
Konstabel (KONST)
 pangkat polis.jpg

Reply