PANASS! (Video) Angkara Biadap! David Teo Ditampar Mat Over Depan Najib!
PANASS! (Video) Angkara Biadap! David Teo Ditampar Mat Over Depan Najib!
Sedang hangat diperkatakan di laman sosial ketika ini video memaparkan Penerbit David Teo ditampar oleh pelakon Sulaiman Yassin atau pun lebih dikenali sebagai Mat Over ketika sesi bersama selebriti dalam majlis Transformasi Nasional.
Lebih meggamatkan suasana, tindakan pelakon veteran tersebut dilakukan di hadapan perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekaligus menimbulkan suasana riuh rendah seketika.
Sementara itu menurut laporan Malay Mail Online, kejadian tersebut bermula apabila David Teo bertindak merampas pembesar suara daripada Rosyam Nor.
Tindakan David Teo itu adalah untuk menyuarakan pendapatnya supaya selebriti yang berada di barisan belakang turut diberi peluang untuk bercakap.
David dan juga Mat Over kemudiannya dibawa keluar oleh pengawal keselamatan setelah keadaan menjadi semakin tegang.
Video dari sedut lain (Lebih jelas)
Video ending Antara Mat Over dan David Teo. Saling bersalaman & bermaafan kembali serta kedua-duanya berpelukan dengan DS Najib.
Apa salahnya kalau David Teo ingin memberi pandangan, kita tidak sepatutnya melaku seperkara macam binatang begitu. Kita hendaklah mendengar apakah pandangan sebagai orang awam tentang politik negara bukan jatuh hukuman menampar David Teo begitu. Bukankah pengacara yang memberikan mic kepada david teo untuk memberi pandangan?
kepada Mat Over, tolonglah jangan guna cara lebih macam haiwan seperti makan belum dilihat, tetapi sudah mahu melawan macam haiwan.
David teo hanya ingin memberikan pandangan kepada rakyat Malaysia, ia tidak salah pun jika kita tidak ikut mahupun mengikut pandangan david teo. Tetapi ia berhak untuk memberikan pandangan, apakah yang difikirkan oleh david teo kita masih belum tahu , jadi jangan cakap kata dia kurang ajar kalau hanya berpegang mic sahaja.
Jika david teo membuat laporan, ia sangat boleh dengan kelakuan yang tidak munasabah begitu.
Harap berita tolong tulis apa yang dilihat bukan menambah burukkan satu pihak sahaja.