no comments

“Orang Taknak Dengar Artis Lama Buat Lagu Baru, Tak Laku”- M.Nasir

Zaman berganti zaman, peredaran seni muzik dan kecanggihan teknologi telah mengubah corak dan landskap muzik tanah air.

Jika zaman dahulu, artis atau penyanyi tidak kira solo atau berkumpulan berebut rebut untuk menghasilkan album. Rata-rata penyanyi terkini lebih cenderung untuk menghasilkan ‘single’ sahaja.

Kerana ianya dilihat lebih mudah, menjimatkan kos dan cara cepat untuk popular. Berbanding dahulu, kos untuk menghasilkan album adalah lebih tinggi dan memerlukan kerja belakang tabir yang banyak.

Hanya jauhari yang mengenal manikam..

Melihat kepada trend industri muzik semasa, setiap penyanyi, masing-masing berebut pula untuk menghasilkan lagu lagu baru. Bukan sahaja artis baru, artis lama yang sudah popular ketika dahulu juga turut sama berlumba untuk memenangi hati peminat.

Namun berbeza pula pendapat oleh Komposer ulung tanah air , Datuk M.Nasir..

Usaha artis lama menghasilkan lagu baru dilihat satu usaha yang sia-sia dan tidak menjadi. Berikut adalah pandangan M.Nasir

Sifu kepada industri muzik itu berpandangan, peminat sekarang ini dah kurang minat nak dengar artis lama buat lagu baru.

Kebanyakan peminat ini lebih suka dengar artis lama menyanyikan lagu mereka yang pernah hit dulu sahaja. Ini kerana lagu lama mereka ini telah mencipta fenomena tersendiri dan aura yang berbeza.

Lagu lagu lama ini juga lebih malar segar dan peminat akan mempunyai imaginasi tersendiri apabila mendengar lagu lagu lama ini. Begitulah kuasa impak lagu lagu popular terdahulu.

“kalau artis lama nak buat lagu baru, orang dah taknak dengar sebenarnya, untuk peminat tegar mereka akan puji seseorang artis itu, tapi peminat lebih suka artis lama itu menyanyikan lagu lamanya.

Tapi untuk peminat tegar, memang akan sentiasa kedengaran ungkapan bila nak keluar lagu baru,

“peminat tak berapa suka dengar lagu baru, bila dinyanyikan oleh artis lama, bunyinya jadi lain, lagu lama pula memang ada aura tersendiri, lagi power”

Datuk M.Nasir memberikan pandangan demikian ketika ditemui pada majlis Anugerah Badan Pelindung Hakcipta Muzik (MACP).

Penyanyi yang popular dengan lagu sentuhan nusantara juga bersetuju bahawa ramai artis baru sekarang ini, berusaha untuk menyanyikan lagu lagu lama dengan versi cover atau susunan muzik baharu.

“sekarang ini kita lihat, banyak lagu lama meningkat popular semula, dan bukan disebabkan oleh penyanyi lama, tapi penyanyi baru yang menyanyikannya semula”

Anugerah MACP tersebur adalah sebuah majlis yang memberikan penghargaan penggiat seni yang banyak menyumbang kepada penghasilan karya-karya untuk industri seni tanah air.

Anugerah itu berjaya dianjurkan semula selepas kekangan pandemik COVID-19 yang melanda negara dan dunia sebelum ini.

Kutipan royalti MACP dapat diperolehi hasil daripada persembahan muzik di saluran televisyen, radio, konsert, majlis majlis tertentu, dan juga lain lain organisasi yang mempunyai lesen di bawah badan hakcipta ini.

Reply