no comments

Nikah: Sharnaaz Ahmad, Kakak Neelofa Sah Bergelar Suami Isteri

Nikah: Sharnaaz Ahmad, Kakak Neelofa Sah Bergelar Suami Isteri

Pelakon Sharnaaz Ahmad sah bergelar suami kepada kakak aktres dan pengacara terkenal, Neelofa iaitu Noor Nabila Mohd Noor di sebuah hotel di sini, sebentar tadi., 33, dengan sekali lafaz pada malam Jumaat.

Pasangan itu disatukan dalam sebuah majlis sederhana kira-kira pukul 9.15 malam di Hotel Royale Chulan, dekat sini.

Sharnaaz atau nama sebenarnya Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, 32, dinikahkan oleh Imam Masjid Damansara Perdana Syamsul Firdaus Mohd Supri Al-Hafiz.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin berjumlah RM1,000 daripada pengantin lelaki sementara wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Pada upacara itu, Sharnaaz turut menyerahkan lima dulang hantaran dibalas dengan tujuh dulang daripada pengantin perempuan.

 

Noor Nabila kelihatan berseri-seri dalam persalinan rona putih rekaan Datuk Radzwan Radzwil. Manakala Sharnaaz kacak dengan persalinan Cosry by Putra Aziz.

Pernikahan mereka turut disaksikan seramai 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan terdekat kedua-dua belah pihak.

Majlis resepsi akan berlangsung pada 2 April di lokasi yang sama, manakala bagi pihak lelaki pada 8 April di Straits Quay Convention Centre, Pulau Pinang.

Selain itu, pasangan ini bakal berbulan madu di Itali pada 14 April depan.

Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga pada Julai 2013, namun berpisah pada 2014.

mStar Online

Reply