Netizen Kutuk Penampilan Rambut Timbalan DG Kesihatan, Sekali Anaknya Sendiri Masuk Komen
Orang kanan kepada DG Tan Sri. Dr Noor Hisyam, iaitu Datuk Dr Rohaizat Yon menjadi m4ngsa ‘b0dy sh4ming’ di laman sosial.
Menerusi hantaran di laman facebook Berita Harian Online, ramai yang komen mengutuk penampilan gaya rambut Timbalan Ketua Kesihatan itu, sedangkan posting berkenaan memaparkan tentang prosedur pengurusan jenazah m4ngsa covid 19.
Apa yang menariknya, anak kepada Dr Rohaizat sendiri telah masuk membalas komen negatif tersebut.
Antara komen-komen kutukkan
“Lain isu, lain yang ditumpukan.”
Sekali anaknya sendiri masuk komen
” Kalau takde benda baik nak komen, tak perlulah kita komen ya.”
Netizen lain tampil pertahankan
“Berita pasal jenazah, korang sembang pasal rambut pulak. Sembang bikin bimbang betul. Semua benda jadi bahan lawak ye sekarang ni. Tak kena tempat.”
“Pabila hati sudah mati, mengutuk orang sudah tidak rasa bersalah lagi, malah dijadikan bahan jenaka. Semoga ada sisa-sisa waktu untuk bertaubat dan memohon maaf kepada beliau.”
Kembali dari persaraan
Sebelum ini, Dr Noor Hisham mengumumkan persaraan wajib rakan seperjuangannya itu dalam memerangi COVID-19 pada 10 Jun lalu. Dr Rohaizat juga dianggap sebagai salah seorang ‘panglima perang‘ buatnya.
Dr Rohaizat yang telah bersara wajib itu bagaimanapun, telah dipanggil kembali berkhidmat bersama KKM bagi membantu KKM mengawal penularan jangkitan covid19 pada 6 Ogos lalu.
Sejak wabak ini dikesan, Dr Rohaizat antara mereka yang setia menemani Dr Noor Hisham dalam sidang media harian Covid-19 diadakan setiap petang bagi berkongsi perincian terkini penularan virus Malaysia.
Menyandang jawatan itu sejak 25 Mac tahun lalu, perjalanan karier Dr Rohaizat penuh warna warni kerana berpengalaman dalam pelbagai divisyen di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Penularan Covid-19 boleh dianggap ujian paling getir sepanjang kariernya namun berjaya diharungi dengan cemerlang bersandarkan sokongan warga KKM khususnya Dr Noor Hisham.
Berkongsi pengalamannya di tahun-tahun akhir perkhidmatan, Dr Rohaizat berkata, menguruskan dan menangani wabak Covid-19 yang menjadi pandemik adalah saat paling sukar sepanjang tempoh kerjayanya.
Bertanggungjawab ke atas hospital-hospital di seluruh negara, Dr Rohaizat berkata, beliau perlu memastikan segala peralatan di setiap hospital untuk merawat pesakit Covid-19, seperti katil, ventilator serta pelitup muka, mencukupi.
Selain itu, katanya, beliau juga perlu melaporkan situasi terkini Covid-19 kepada Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba setiap hari pada 7.30 pagi.
Graduan Perubatan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dilahirkan 11 Jun 1960 memulakan karier sebagai Pegawai Perubatan di Johor pada 1985.
Sepanjang kariernya, Dr Rohaizat komited dan cemerlang melunaskan tanggungjawab sehingga dianugerahkan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang beberapa kali sepanjang 35 tahun dalam sektor awam.