no comments

NEELOFA NEKAD BERHIJAB

NEELOFA NEKAD BERHIJAB.png

Pelakon jelita Noorneelofa Mohd Noor tampil dengan wajah baru apabila nekad berhijab selepas bersahur pada hari pertama ramadhan.

Neelofa bersyukur kerana apa yang dia inginkan selama ini dapat juga direalisasikan dengan sempurna.

“Walaupun pernah terbit rasa ragu tapi inilah yang saya ingin dan syukur ruang itu diberikan dengan baik untuk saya berhijab,” katanya.

Neelofa turut menyifatkan penghijrahannya itu adalah ikhlas dan tiada paksaan.

“InsyaAllah ini adalah diri saya sekarang dan Neelofa yang baru. Saya berharap dan yakin peminat akan menerima saya seadanya malah mereka adalah pemberi semangat buat saya katanya,” katanya.

Reply